Printfixer Naiktaraf Ketepatan Percetakan 3 Dimensi, Mampu Kesan Kerosakan Bentuk Produk Sebelum Proses Cetak - Verst E-Com

Type to search

E-Com Tech

Printfixer Naiktaraf Ketepatan Percetakan 3 Dimensi, Mampu Kesan Kerosakan Bentuk Produk Sebelum Proses Cetak

Share

Percetakan 3 dimensi (3D) sering dikatakan sebagai masa depan industri pembuatan yang membenarkan produk direka dalam bentuk tertentu dan terus dicetak.

Namun begitu, kelemahan utama percetakan ini adalah produk yang dihasilkan cenderung untuk mengalami kecacatan bentuk.

Kelemahan percetakan 3D ini dari segi bentuk disebabkan produk mengalami pengembangan atau pengecutan semasa proses percetakan serta masalah dari mesin percetakan itu sendiri.

Percetakan 3D ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak lestari, industri perlu membuat percubaan beberapa kali sebelum berjaya mencetak produk akhir dengan bentuk yang sempurna.

Oleh sebab itu, sepasukan pengkaji dari University of Southern California Viterbi (fakulti kejuruteraan) cuba mengatasi kelemahan ini dengan menggunakan model ciptaan mereka iaitu machine learning algorithms dan perisian PrintFixer.

I am raw html block.
Click edit button to change this html

PrintFixer mengesan bahagian yang mengalami kerosakan (Sumber: Nathan Decker)

Perisian PrintFixer menggunakan data dari percetakan 3D yang lalu untuk melatih Artificial Intelligence (AI) machine mereka untuk mengesan sebarang kerosakan bentuk dan membetulkannya sebelum produk dicetak.

Model hasil kajian selama enam tahun ini mampu mengatasi kelemahan percetakan 3D ini dengan meningkatkan ketepatan percetakan sebanyak 50% sehingga 90%.

Dalam sesetengah kes percetakan, ia memerlukan industri melakukan percubaan sebanyak 8 kali dan penggunaan bahan dari logam adalah sangat mahal.

Model ini telah berjaya diaplikasikan keatas pelbagai bahan, dari bahan logam yang digunapakai dalam industri hingga bahan lastic yang digunakan secara domestik.

Titik merah merupakan tanda untuk memastikan ketepatan bentuk produk sebelum dicetak (Sumber: Weizhi Lin)

Kecepatan AI machine mempelajari bagaimana sesebuah proses membenarkan model ini di aplikasi secara universal dalam pelbagai bidang seperti aeroangkasa, pergigian, automotif dan lain-lain bidang.

Model ini boleh digunapakai dalam skala besar seperti industri pembuatan komersial sehingga penggemar percetakan 3D persendirian.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!