Projek Satelit Rahsia Apple Membolehkan Data Internet Dihantar Terus Kepada Iphone - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Tech

Projek Satelit Rahsia Apple Membolehkan Data Internet Dihantar Terus Kepada Iphone

Share

Menurut agensi berita Bloomberg, Apple dilaporkan sedang mengusahakan sebuah projek rahsia melibatkan satelit dan teknologi tanpa wayar yang dijangka mula beroperasi dalam masa lima tahun.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan apakah matlamat Apple. Namun, para penganalisa berpendapat satelit tersebut bakal membolehkan Apple menghantar data terus kepada pengguna tanpa terlalu bergantung kepada syarikat-syarikat telekomunikasi sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook sendiri menunjukkan minat dalam projek itu. Namun, ia masih dalam fasa permulaan dan matlamat yang disasarkan belum tentu tercapai. Difahamkan, Michael Trela dan John Fenwick, dua bekas eksekutif Google (bahagian teknologi satelit) kini bersama Apple dan dikatakan mengetuai projek rahsia tersebut.

Jika projek satelit ini berjaya, ia menepati visi Apple yang mahukan semua pengguna menggunakan “perkhidmatan Apple sepenuhnya” tanpa melibatkan pihak ketiga. Lihat saja projek kad kredit Apple yang dipanggil Apple Card. Kad tersebut membolehkan pengguna membeli sebarang produk Apple secara terus dengan syarikat tersebut tanpa melibatkan pihak bank.

Selain Apple, Facebook dan syarikat induk Google, Alphabet turut berusaha mengembangkan idea menghantar isyarat internet secara terus dari angkasa lepas menggunakan dron dan belon.

Sumber: Bloomberg

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!