PUBG Boleh Jatuh Hukum Haram Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Verst Apps );

Type to search

Apps E-Com

PUBG Boleh Jatuh Hukum Haram Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Avatar
Share

PUBG merupakan sebuah permainan video bergenre battle royale yang dibangunkan oleh PUBG Corporation dari Korea Selatan.

Game yang pertama kali dilancarkan di platform PC pada tahun 2017. Kini boleh didapati secara meluas di PC, konsol dan mobile.

Menerusi sebuah ciapan dari Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mereka telah mengingatkan tentang hukum bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dari sudut pandang syarak.

Ciapan berkenaan menyatakan pandangan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman web rasmi bertajuk “BAYAN LINNAS SIRI KE-220 – PUBG: PANDANGAN DARI SUDUT SYARAK” yang telah diterbitkan pada 15 Januari 2020.

“Penilitian terhadap dalil-dalil yang di atas, terdapat persamaan pemainan PUBG dengan permainan catur yang memerlukan kemahiran berfikir serta strategi,” menurut artikel tersebut.

“Dan kami lebih cenderung dengan memakruhkannya seperti pandangan di dalam mazhab Syafi’eyah, Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi SAW:

لَيْسَ مِنَ اللَّهْوِ إِلاَّ ثَلاَثٌ ‏:‏ تَأْدِيبُ الرَّجُلِ فَرَسَهُ وَمُلاَعَبَتُهُ أَهْلَهُ وَرَمْيُهُ بِقَوْسِهِ وَنَبْلِهِ

Maksudnya: Tidak termasuk perkara yang sia-sia melainkan tiga perkara: Seseorang yang melatih kudanya, bermesra dengan isterinya dan memanah dengan menggunakan busur dan anak panahnya. (Hadis riwayat Abi Daud, 2513)”

PUBG

Walau bagaimanapun, meluangkan masa bermain game battle royale ini, menurut Pejabat Mufti WP, boleh bertukar hukumnya menjadi haram sekiranya:

  • Hilang fokus terhadap realiti dan masyarakat sekeliling
  • Gangguan emosi akibat kekalahan
  • Faktor ketagihan yang melampau
  • Mengabaikan tanggungjawab terhadap perkara yang diwajibkan
  • Mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh badan dan kesihatan
  • Menghilangkan akhlak sebagai seorang muslim
  • Sekiranya ia terbukti oleh pihak berkuasa bahawa ia menjadi punca kepada tindakan ganas serta perlakuan jenayah
Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!