PUBG Mobile 1.3 Tampilkan Mode, Senjata Serta Kenderaan Terbaru ! );

Type to search

E-Com Gaming

PUBG Mobile 1.3 Tampilkan Mode, Senjata Serta Kenderaan Terbaru !

Avatar
Share
pubg

Peminat permainan PUBG semestinya sangat gembira dengan berita ini di mana update terbaru mereka ini akan menampilkan kepelbagaian yang menarik dan hangat.

Kalini ini mereka akan memberikan kepada seluruh pemain mode Hundred Rhythms terbaru dan ditambah pelbagai senjata serta kenderaan yang baru bagi menambah lagi kualiti permainan.

Bagi meraikan ulang tahun mereka yang ketiga, setiap pemain akan diberikan 3000 BP, 100 AG dan 3-day Pan skin.

Mode Hundred Rhythms akan memberikan pemain sebuah pengalaman yang terbaru dimana ia akan muncul dalam peta Erangel dengan iringan muzik armband.

Ia juga mengandungi tiga jenis skil istimewa – Sonic armband, Recon armband dan juga Guardian armband.

Malah sebuah mode terbaru lagi juga akan muncul bermula 31 Mac ini, ia dipanggil sebagai mode Clown Tricks dan pemain perlu menggumpulkan Clown Token untuk mendapatkan item tertentu di Clown Shop.

Senjata terbaru dalam mode Hundred Rhythms ialah sniper bolt-action 7.62mm dan dipanggil sebagai Mosin-Nagant. Ia akan menggantikan senjata Kar98K di dalam Erangel dan Vikendi.

Kenderaan terbaru yang diperkenalkan ialah Motor Glider dalam peta Erangel dan Miramar, kenderaan ini merupakan akan mucul secara rawak di dalam peta.

Sumber: @PUBGMOBILE

Jadi peminat PUBG, anda tunggu apa lagi cepat-cepat update menerusi App Store dan Google Play.

Semoga korang semua dapat bermain dengan seronok dan penuh raih pelbagai pengalaman.

[Sumber: Money Control]

Baca juga: Bersukan Malam, Baik Atau Bahayakan Badan Kita?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!