'Racing For Everyone' - Kejuaraan E1 Musim Pertama 'Flags Off' Malam Ini Di Saluran eGG Network Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gaming Pilihan E-Com

‘Racing For Everyone’ – Kejuaraan E1 Musim Pertama ‘Flags Off’ Malam Ini Di Saluran eGG Network

Share
E1

E1 Championship Season One kini bersedia untuk mulakan perlumbaan merebuat kejuaraan pada malam ini, tepat jam 9 malam di eGG Network.

Kejuaraan perlumbaan sim utama Asia Pasifik dimulakan di RaceRoom di litar Red Bull Ring, Austria yang menampilkan 28 pelumba sim terbaik dari seluruh rantau ini.

Kesemua pelumba bersaing merebut hadiah utama berjumlah US$15,000 (RM62 ribu). Wow!

E1

Di antara 28 pelumba yang sertai E1 Championship Season One, penampilan juara baru Naquib Azlan dari pasukan Stratos Motorsports bersama rakan sepasukannya, Muhammad Ibrahim mencuri tumpuan.

Buat korang yang sukakan kelajuan dan perlumbaan, jangan lupa tonton secara LIVE di saluran TV Rangkaian eGG yang ditayangkan di lapan negara termasuk Malaysia.

Selain itu, korang boleh join live Facebook E1 Championship setiap hari Rabu dari 7 April hingga 2 Jun tepat jam 9 malam untuk layan E1 Championship Season One.

E1
E1

E1 Championship dikuasakan oleh Axle Sports dan eGG Network, bekerjasama dengan ERacing GP serta RaceRoom.

Buat penggemar e-sports, korang boleh follow E1 Championship untuk kemaskini di Facebook dan Instagram.

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!