Rakyat China Wajib Buat Imbasan Wajah Untuk Melanggan Internet Atau Guna Nombor Telefon Baharu - Verst E-Com

Type to search

E-Com Tech

Rakyat China Wajib Buat Imbasan Wajah Untuk Melanggan Internet Atau Guna Nombor Telefon Baharu

Share

Lebih 800 juta pengguna internet di China wajib menggunakan sistem pengecaman wajah jika mahu memohon perkhidmatan internet dan telefon pintar.

Ia berikutan susulan pengumuman yang dibuat kerajaan September lalu di mana syarikat-syarikat telekomunikasi perlu melakukan imbasan wajah terhadap pengguna sebagai langkah mengesahkan identiti mereka sebelum diberi akses untuk perkhidmatan yang ditawarkan.

Peraturan baharu ini telah dikuatkuasakan sejak semalam (1 Disember), merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal aktiviti dan perlakuan rakyat di negara tersebut.

Menurut laporan portal quartz.com, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China yang bertanggungjawab menggubal peraturan berkaitan internet dan teknologi menjelaskan, keputusan itu merupakan sebahagian usaha untuk “melindungi hak dan kepentingan rakyat di alam maya,” di samping mengelakkan terjadinya penipuan.

Statistik terkini menunjukkan terdapat kira-kira 854 juta pengguna internet di China.
Undang-undang baharu itu juga melarang rakyat daripada memindahkan nombor telefon bimbit kepada orang lain.

Sumber: quartz.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!