Redmi Note 8 & 8 Pro baru dari Xiaomi kini lebih kemas dan seksi Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com

Redmi Note 8 & 8 Pro baru dari Xiaomi kini lebih kemas dan seksi

Share

Xiaomi melancarkan peranti baru mereka bagi kategori Redmi Note iaitu Redmi Note 8 dan Nota 8 Pro.

Redmi Note 8 Pro kali ini dikuasakan oleh chipset baru dari MediaTek iaitu Helio G90T dimana ia adalah pertama kali pemproses ini digunakan.

Produk kategori Pro ini mempunyai pilihan 6GB atau 8GB RAM dan 64GB atau 128GB dengan penyimpanan UFS.

Dengan kapasiti bateri besar 4,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.
Ia amat dinanti-nantikan oleh para ‘Gamer’ diluar sana kerana peranti ini juga mempunyai sisten penyejukan cecair.

Bagi fungsi fotografi, Redmi Note 8 Pro merupakan salah satu telefon pintar pertama yang menampilkan sensor 64MB ISOCELL Bright GW1 dari Samsung.

Peranti ini akan menggunakan sensor baru ini dari Samsung dimana pada asasnya mampu menghasilkan kualiti foto 16MP dengan piksel 1.6-mikron.

Dengan kamera utama 64MP, empat kamera belakang termasuk kamera ultra lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

Di bahagian hadapan, kamera swafoto 20MP diselitkan pada bahagian atas paparan telefon bimbit.

Paparan skrin Redmi Note 8 Pro ini sangat memuaskan dengan saiz 6.53 “Full HD + LCD yang besar dan jelas serta dilengkapi dengan bezels yang langsing.

Ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di belakang

Redmi Note 8 Pro akan dijual pada harga CNY1,399 (~ RM826) untuk varian 6GB RAM + 64GB memori simpanan, CNY1,599 (~ RM942) untuk varian 6GB RAM + 128GB dan CNY1,799 untuk spesifikasi penuh dengan 8GB RAM dan stor penyimpanan 128GB.

Bagi model Redmi Note 8 pula, ia didatangkan dengan skrin 6.3 inci dan masih memaparkan resolusi Full HD +.

Menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 dan mempunyai pilihan 4GB atau 6GB RAM dan sama ada 64GB atau 128GB storan penyimpanan.

Menggunakan kuasa bateri 4,000 mAh dan menyokong pengisian cepat 18W melalui USB-C.

Untuk fotografi, ia didatangkan sistem ‘quad-camera’ dengan kamera dimana kamera utama 48MP dan tiga kamera lain adalah sama seperti fungsi pada varian Pro.

Untuk fungsi lain, ia mengekalkan banyak ciri dari Redmi Note 8 Pro termasuk blaster IR, dan lubang fon 3.5mm.

Cuma, kamera depan diletakkan pada bahagian sisi seperti Mi 9 SE .

Untuk harga pasaran, Redmi Note 8 bermula dari CNY999 (~ RM588) untuk model asas dengan RAM 4GB dan penyimpanan 64GB, CNY1,199 (~ RM706) untuk RAM 6GB + penyimpanan 64GB, dan CNY1,399 (~ RM826) untuk storan khas 6GB RAM + 128GB.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!