Video Teaser Samsung Galaxy S21, S21+ Dan S21 Ultra Tersebar );

Type to search

Video Teaser Samsung Galaxy S21, S21+ Dan S21 Ultra Tersebar

E-Com Gajet

Video Teaser Samsung Galaxy S21, S21+ Dan S21 Ultra Tersebar

Avatar
Share

Video teaser mengenai reka bentuk model terbaru Syarikat Samsung iaitu Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra telah tersebar.

Model tersebut dijangka akan dikeluarkan ke pasaran sekitar awal bulan Januari 2021.

Bersempena dengan acara Samsung Galaxy Unpacked nanti, terdapat beberapa lagi video teaser menggenai model telefon baharu yang bukan sahaja mucul secara atas talian tetapi dengan reka bentuk luarannya.

Samsung Galaxy S21 5G

Model ini adalah yang terkecil antara tiga model baru dan ia dilengkapi dengan paparan 6.3 flat yang rata dan mempunyai tiga kamera.

Samsung Galaxy S21 ini juga akan hadir dengan warna yang unik iaitu mempunyai badan berwarna ungu manakala bingkai kameranya dihiasi dengan warna gangsa yang menarik.

Ianya pasti menggoda dan menarik perhatian para pengguna kerana kecantikkan dan keunikkannya.

Samsung Galaxy S21+ 5G

Bagi model ini pula ianya hampir sama dengan model Galaxy S21 cuma ia lebih besar dan paparan skrinnya pula dijangka mencapai 6.7 flat. Warna yang disediakan juga sama dengan model S21 dari segi warna badan dan bingkai kamera.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Model ini boleh dikatakan antara model yang paling utama dalam ketiga-ketiga model Galaxy S21. Ini disebabkan ia dilengkapi dengan bonggol kamera yang besar seperti model S20 Ultra dan Note 20 Ultra.

Ia juga terdapat lima buah lubang yang dipercayai menempatkan kamera utama 108MP, penembak sudut lebar 12MP dan dua kemara telefoto 10MP yang boleh melakukan zoom sejauh 10x dan 3x. Manakala lubang yang kelima pula menempatkan modul Laser AF.

(Sumber: The Galox)

Pihak Samsung mengambil inisiatif bagaimana pihak Apple tidak menyediakan penyesuai kuasa di dalam kotak dan mereka juga bakal melakukan perkara yang sama.

[Sumber: Soya Cincau]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!