Reka Bentuk PS5 Sudah Didedahkan Oleh Sony - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gaming

Reka Bentuk PS5 Sudah Didedahkan Oleh Sony

Share

 Sony akhirnya telah mendedahkan konsol mereka yang seterusnya iaitu PlayStation 5 (PS5) pada awal pagi tadi.

Seperti alat kawalan DualSense yang telah didedahkan sebelum ini, warna utama bagi konsol tersebut adalah putih dan juga mempunyai bahagian berwarna hitam.

PS5 mempunyai reka bentuk yang lebih berlengkung dan warna utamanya membuatkan ia menjadi sebuah alat peranti yang minimalistik.

Terdapat dua versi konsol tersebut yang akan dilancarkan. Satu adalah versi biasa yang mempunyai pemacu cakera optik dan satu lagi adalah versi digital-sahaja yang tidak boleh menggunakan cakera optik.

Selain bentuk konsol utama, beberapa aksesori PS5 yang lain juga telah didedahkan. Sony akan melancarkan sebuah headset Pulse 3D, alat kawalan jauh media, stesen pengecasan DualSense, dan juga kamera HD.

Namun, setakat ini harga dan tarikh bagi pelancaran untuk PS5 dan segala aksesori masih belum diumumkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!