Dapatkan Assasins Creed: Odyssey Secara Percuma Bermula Esok Verst Gaming );

Type to search

Gaming E-Com

Dapatkan Assasins Creed: Odyssey Secara Percuma Bermula Esok

Share

Assassin’s Creed: Odyssey merupakan game keluaran terbaru dari Ubisoft untuk dimainkan di PC dan konsol. Bagi anda yang belum pernah bermain game tersebut, ini adalah peluang untuk anda mencubanya.

Ubisoft telah mengumumkan cubaan percuma (free trial) untuk game Assassin’s Creed: Odyssey dari 19 Mac sehingga 22 Mac 2020. Bagi pemain PlayStation 4 (PS4) pula, anda perlu menjadi pelanggan PlayStation Plus (PS+) untuk memuat turun percubaan ini.

Bagi pemain PC pula, aplikasi Uplay diperlukan untuk anda mengakses dan memuat turun percubaan ini. Perkara yang sama juga perlu dilakukan untuk pengguna Xbox One.

Assassin’s Creed: Odyssey telah dilancarkan pada tahun 2018 dan ia telah dicalonkan untuk pelbagai anugerah seperti Game of the Year di The Game Awards 2018 serta Best Game di BAFTA Games Awards 2019.

Anda dapat menerokai perkara yang berlaku pada zaman dahulu dan di samping itu belajar sejarah jika bermain game ini.

Assassin’s Creed: Odyssey bermula dengan anda akan berada di zaman Yunani Purba (Ancient Greece) dan anda akan bermain sebagai askar upahan yang datang daripada keturunan Raja Leonidas dari Sparta.

Game ini mempunyai elemen aksi, pengembaraan, dan juga ‘role-playing game’ (RPG). Tidak lupa juga dengan aksi ‘stealth’ yang membenarkan anda untuk menyelesaikan misi tanpa disedari oleh musuh.

Setelah sesi cubaan tamat, Assassin’s Creed: Odyssey akan dijual pada harga RM68.97 sehingga 27 Mac 2020. Jika anda menyukai permainan video ini selepas mencubanya, harganya amat berbaloi.

Namun jika anda menggunakan konsol Playstation, harganya kekal selepas tamatnya tarikh percubaan di PlayStation Store (PS Store) iaitu RM233.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!