RM 50 Kepada Mereka Yang Mempunyai Aplikasi MySejahtera - Verst E-Com );

Type to search

E-Com Apps Pilihan E-Com

RM 50 Kepada Mereka Yang Mempunyai Aplikasi MySejahtera

Avatar
Share

Rakyat Malaysia yang layak bakal menerima kredit eWallet bernilai RM50 beserta diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 tambahan sebagai sebahagian daripada inisiatif ePenjana yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Untuk mendapatkan faedah ini, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa anda perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

Menurutnya lagi, ini bagi mendorong lebih banyak rakyat Malaysia memuat turun aplikasi MySejahtera yang akan membantu pihak kesihatan dalam usahanya untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Aplikasi ini juga membolehkan pengesanan kenalan berasaskan kod QR di premis perniagaan bagi mengurangkan keperluan menulis maklumat secara manual.

Kredit RM50 dijangka dikreditkan terus ke eWallets yang disahkan mulai bulan depan. Program ePenjana akan dijalankan dari bulan Julai hingga September 2020 dan bertujuan untuk memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Inisiatif eWallet adalah kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dan dengan pendapatan tahunan kurang dari RM100,000 setahun.

Tidak seperti program eTunai Rakyat sebelumnya, kredit eWallet bernilai RM50 melalui Penjana ini hanya dapat digunakan untuk pembelian luar talian dan fizikal. Nermakna anda tidak akan dapat menggunakannya untuk perkhidmatan dalam aplikasi atau membeli-belah dalam talian.

Kerajaan belum mendedahkan senarai eWallet yang disokong dan proses penebusan sebenar. Program eWallet RM30 sebelumnya hanya tersedia untuk Boost, Grab dan Touch ‘n Go eWallet.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. Avatar
    farit jasni June 10, 2020

    trksh pm yg baik prhatin sgt love u

    Reply
  2. Avatar
    BackPackerz June 11, 2020

    PM ucap sama-sama. Jangan lupa Cuti Cuti Malaysia

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!