Robot Ini Mampu Kesan Aktiviti Harian Kucing Anda Dan Mengawalnya - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gajet

Robot Ini Mampu Kesan Aktiviti Harian Kucing Anda Dan Mengawalnya

Share

Sekiranya anda mahukan bukti bahawa mengawasi keadaan si bulus kesayangan anda, Ebo – robot yang mampu kongsikan video aktiviti haiwan kesayangan anda terus ke telefon anda dan dapat menjejaki kawasan yang dilalui si bulus.

Dilancarkan menerusi program Kickstarter, Ebo berjaya menggabungkan ciri-ciri dari beberapa produk yang wujud sebelum ini.


EBO ADALAH MUDAH ALIH, AUTONOMI, DAN BOLEH BERFUNGSI MELALUI VIDEO STREAMING KE TELEFON ANDA

Ia mudah alih, bergerak dengan sepasang roda sendiri dan boleh menghiburkan haiwan kesayangan anda menggunakan kombinasi lampu, bunyi, dan bulu di kepalanya. Ia boleh memuatkan rakaman terus dari kamera HD 1080p, mengambil gambar dan video, dan, apabila dipasangkan dengan kolar pada kucing anda, ia dapat memaklumkan berapa kerap aktiviti kucing anda lakukan setiap hari.

Ebo adalah satu pakej pemantauan haiwan kesayangan yang lengkap. Pengguna juga boleh menetapkan jadual untuk aktiviti Ebo. Pembina Ebo mengatakan bahawa robot ini mampu untuk kembali secara otomatik ke dok pengecasan apabila ia kehabisan bateri.

Buat masa ini, pembina Ebo sedang mengumpul dana untuk menjadikan Robot Ebo berada dipasaran.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!