Saiz Permainan Video PS5 Lebih Besar Dari Sebelumnya Dan Ada Yang Melebihi 100GB - Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Saiz Permainan Video PS5 Lebih Besar Dari Sebelumnya Dan Ada Yang Melebihi 100GB

Avatar
Share

PlayStation 5 yang merupakan konsol generasi baru Sony telah pun mendedahkan harganya dan apa yang menarik adalah saiz besar fail permainan.

Walaupun dengan teknologi yang membantu PS5 mengurangkan kadar saiz fail permainanya, elemen seperti 4K, ray-tracing dan pembinaan dunia yang lebih menyeluruh dan realistik pasti membuatkan pengurangan ini tidak kelihatan.

Tajuk baru bagi PS5 seperti Spider-Man: Miles Morales memerlukan sekurang-kurangnya 50GB dan Ultimate Launch Edition pula menggunakan sebanyak 105GB storan.

Demon’s Souls generasi baharu memerlukan 66GB apabila dilancarkan di PS5. Cuba anda bayangkan bagaimana yang mempunyai dunia yang luas seperti GTA 6 dan Cyberpunk 2077 menggunakan storan.

Tiada pengecualian untuk fail saiz lebih kecil bagi permainan video di konsol ini. Jadi pilihlah jenis konsol PS5 anda dengan bijak.

PlayStation 5 dilancarkan pada kadar harga sekitar RM2,100 dan RM1,700 untuk digital.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!