Sebanyak RM 278 Juta Telah Dibelanjakan Dalam Permainan Video Pada Tahun 2019 Oleh Rakyat Malaysia - Verst E-Com

Type to search

E-Com Infotainmen

Sebanyak RM 278 Juta Telah Dibelanjakan Dalam Permainan Video Pada Tahun 2019 Oleh Rakyat Malaysia

Share

Malaysia merupakan salah satu pusat permainan video di Asia Tenggara dan ini menyebabkan banyak  syarikat permainan video antarabangsa sedang mengintai peluang bagi membuka industri mereka di Kuala Lumpur pada tahun 2020.

Lonjakan ini menurut laporan daripada Newzoo tentang trend dan kelakuan rakyat Malaysia. Apa yang menarik adalah seramai 20.1 juta pemain di Malaysia telah membelanjakan wang sebanyak RM27,874,987 dalam platform permainan. Perkara ini telah menjadikan ia pasaran terbesar di Asia Tenggara.

Gambar sumber: Newzoo

Selain itu, hasil kajian daripada Newzoo bagi pasaran permainan video iaitu konsol, PC dan telefon pintar mendapati majoriti gamers bermain di telefon pintar mereka. Kajian mendapati penggunaan sebanyak 75% di telefon pintar manakala diikuti dengannya iaitu pc dan konsol sebanyak 66% dan 55%.

Sebanyak 87% Gamers membeli barang/peralatan di dalam permainan yang mereka main seperti Candy Crush Saga dan Mobile Legend: Bang Bang. Mereka selalunya membeli ‘power up’ atau ‘skin’ untuk permainan tersebut dan juga permainan lain.

Gambar sumber: Newzoo

Kajian lalu daripada Newzoo menunjukkan bahawa industri permainan video di telefon pintar telah meningkat sebanyak RM6,62 Bilion pada tahun 2019 di Asia Tenggara.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!