Selamat Tinggal Window 7, Upgrade Ke Window 10 Secara Percuma - Verst E-Com

Type to search

E-Com Tech

Selamat Tinggal Window 7, Upgrade Ke Window 10 Secara Percuma

Share

Sokongan hayat untuk Windows 7 yang berakhir hari ini memberi peluang pengguna menaik taraf ke Windows 10 bagi memastikan peranti berjalan dengan lancar dan selamat.

Dalam laman web Microsoft, sistem operasi Windows 10 Home berharga $139 boleh dimuat turun tetapi pada maa yang sama anda tidak perlu membelanjakan satu sen pun wang anda dimana tawaran naik taraf percuma dari Microsoft yang secara teknikal berakhir pada 2016 masih lagi berjalan.

Window 10

Semasa Windows 10 pertama kali dikeluarkan pada bulan Julai 2015, Microsoft menawarkan tawaran naik taraf percuma yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk pengguna Windows 7, 8 dan 8.1 dimana ia berakhir pada Julai 2016.

Tetapi pada 2017, terdapat laporan bahawa fungsi naik taraf percuma masih berfungsi. Semasa artikal ini ditulis, ecom telah berjaya menaik taraf dua PC kami dari window 7 kepada window 10 secara percuma dengan hanya muat turun window 10 melalui laman web mereka.

Jika tidak dinaik taraf, anda berpeluang digodam.

Naik taraf ini perlu bagi menjaga keselamatan kandungan dan maklumat yang anda simpan daripada diceroboh.

Perlu diingat bahawa jika anda mempunyai Windows 7 atau 8 Home, anda hanya boleh mengemas kini ke Windows 10 Home, sementara Windows 7 atau 8 Pro hanya boleh dikemas kini ke Windows 10 Pro (upgrade tidak tersedia untuk Windows Enterprise.

Pengguna mungkin mengalami beberapa masalah kerana naik taraf ini bergantung pada keupayaan spesifikasi PC anda, bergantung pada mesin anda. Perlu diingatkan, peningkatan secara percuma ini mempunyai had fungsi kegunaan aplikasi yang berbeza dengan naik taraf berbayar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!