SELangkah Tawar Ujian COVID yang Dipaparkan Terus Pada Aplikasi IATA Travel Pass );

Type to search

Apps E-Com

SELangkah Tawar Ujian COVID yang Dipaparkan Terus Pada Aplikasi IATA Travel Pass

Share
SELangkah

Selangkah Ventures semalam telah umumkan yang mereka akan menawarkan ujian pengesahan COVID-19 di beberapa klinik terpilih dengan keputusan dimuat naik terus ke aplikasi IATA Travel Pass.

Bagi individu yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara, boleh paparkan status kebenaran untuk terbang menerusi aplikasi tersebut.

BACA: IATA Travel Pass Berjaya Dicuba Dalam Penerbangan Antarabangsa Pertama

Setakat ini, baru 13 klinik yang menyertai program IATA Travel Pass di sekitar Lembah Klang dan 51 syarikat penerbangan memerlukan penumpang menunjukkan status mereka menggunakan aplikasi yang sama.

selcare

April lepas, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah lancar aplikasi IATA Travel Pass untuk sahkan status bebas COVID-19 selepas membuat ujian PCR.

Aplikasi ini telah digunakan di beberapa syarikat penerbangan dunia sebagai bukti penumpang bebas virus dan boleh meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.

Untuk makluman lanjut bagi senarai lengkap lokasi untuk ujian COVID-19 yang diterima IATA Travel Pass, anda boleh mengikuti media sosial SELangkah.

[Sumber: New Straits Times]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!