Selangor Nak Bagi 'SIM card' Percuma! Dengan Data Internet Selama 1 Tahun );

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com

Selangor Nak Bagi ‘SIM card’ Percuma! Dengan Data Internet Selama 1 Tahun

Share
selangor

Kerajaan Selangor telah buka permohonan di bawah Program Data Internet Selangor yang bolehkan lebih 70,000 rakyat Selangor menikmati akses internet secara percuma gais!

Di bawah program ini, pemohon yang layak akan mendapat kad SIM beserta langganan data internet percuma selama 1 tahun.

Baca: Jom Tebus Data Internet 1GB Percuma Di Telco Anda

1

Terdapat 3 pakej data internet yang disediakan oleh keraajan Selangor, iaitu;

Get Life – Data Internet 15GB
Celcom – Data Internet 15 GB
Unifi Mobile – Data Internet 45GB

Kesemua pakej ini ditanggung sepenuhnya oleh Selangor selama 12 bulan, dan sebarang penggunaan tambahan, pengguna harus membayarnya kerana ia tidak tertakluk di bawah penawaran berkenaan.

Bagi anda yang ingin memohon, golongan yang layak adalah jika anda seorang pelajar, pemandu perkhidmatan penghantaran, para belia, peniaga atas talian, dan ibu tunggal.

Sesiapa yang berminat, boleh membuat pendaftaran melalui EXCO dan jawatankuasa yang telah disediakan di laman web ini sebelum tarikh tutup 15 September 2021.

Dijangka penerima yang layak bakal mendapat kad SIM bermula 1 Oktober 2021 nanti.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!