Sensor Imej Mobile terbesar didunia dilancarkan oleh Samsung Verst E-Com );

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Tech

Sensor Imej Mobile terbesar didunia dilancarkan oleh Samsung

Share

Samsung telah secara rasmi mengumumkan sensor kamera ISLCELL Bright HMX yang menawarkan resolusi 108 megapixel dengan kerjasama Xiaomi.

Dikatakan sebagai sensor imej mudah alih 1 / 1.33 inci yang pertama dihasilkan, ISOCELL Bright HMX mampu menyerap lebih banyak cahaya daripada sensor yang lebih kecil yang ada dipasaran. Pada masa yang sama, Samsung juga telah melaksanakan teknologi pengeditan piksel Tetracell ke sensor yang membolehkan ia menghasilkan imej yang lebih cerah pada kadar 27MP.

Pada keadaan cahaya persekitaran cerah, ia membolehkan penggunaan mekanisma Smart-ISO yang yang memberi kesan optimum mengikut kadar situasi persekitaran dimana ia mengurangkan kesan hingar yang biasa terdapat pada rakaman cahaya gelap dan sebagainya.

Tidak lupa, sensor ISOCELL Bright HMX juga dapat menyokong rakaman video pada resolusi 6K dengan framerate 30fps.

Samsung juga mendedahkan bahawa pengeluaran ISOCELL Bright HMX akan bermula bulan ini. Kemungkinan sensor ini akan digunakan pada sekurang-kurangnya satu telefon terawal dimana produk ini dikembangkan bersama Xiaomi, tidak dapat dipastikan jenama mana yang akan menggunakannya terlebih dahulu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!