SHOPEE 11.11, Acer Malaysia Menawarkan Diskaun Yang Menarik Dan Berbaloi );

Type to search

E-Com Gajet Infotainmen

SHOPEE 11.11, Acer Malaysia Menawarkan Diskaun Yang Menarik Dan Berbaloi

Share

Bersempena jualan shopee 11.11, Acer Malaysia mengambil peluang dengan menawarkan diskaun sebanyak 50% dan baucer yang bernilai RM 100 untuk setiap pengurangan tambahan pembelian.

Tawaran ini amat berbaloi dan membantu keluarga dan pelajar yang kekurangan dari segi kewangan untuk belajar dan bekerja secara atas talian.

Antara produk mereka yang mendapat tawaran istimewa tersebut ialah Acer Aspire 3 (A314-22-A9WP), ia merupakan sebuah komputer riba yang sesuai untuk membuat kerja dan tugasan. Ia disertakan dengan paparan 14″ Full HD dan disertakan dengan AMD A3020e pemprosesan dwi-teras yang digabung dengan RAM sebanyak 4GB dan SSD 256GB.

Aspire 3 A314-22 - Tech Specs | Laptops | Acer United Kingdom(Kredit: Acer.com)

Harga yang ditawarkan selepas diskaun 20% ialah RM1399 dan ia hanya ada semasa jualan Shopee 11.11 sahaja.

Acer Malaysia juga menawarkan kepada pelanggan lanjutan jaminan Acer Supercare 2 secara percuma jika terdapat sebarang kerosakan dan perlindungan kecurian sebanyak RM399 kepada pelanggan yang melanggan sepanjang tempoh tawaran berlangsung.

Selain itu kepada mereka yang meminati hiburan dan kurang ke arah pekerjaan dan pendidikan, mereka boleh membeli ACER Aspire C22 (C22963-1005G1W10 dan c22960-10110W10) All-in-one (AIO) desktop.

Aspire C22 - Tech Specs | Desktops | Acer Malaysia
(Kredit: Acer.com)

Ia memberi anda paparan seluas 21.5 Full HD, disertakan sekali 10th Gen Intel Core i3 processor, 4GB RAM dan anda juga boleh memilih antara 256GB SSD ataupun 1TB HDD. Harga yang ditawarkan ialah RM1899 dan ia sangat bersesuaian dengan peranti dan kemudahan yang diberi.

Sumber: SoyaCincau

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!