SKALE - Alat Pemasaran ‘All-In-One’ Yang Sesuai Untuk Peruncit Luar Talian di Malaysia

Type to search

E-Com ecommerce

SKALE – Alat Pemasaran ‘All-In-One’ Yang Sesuai Untuk Peruncit Luar Talian di Malaysia

Share
SKALE

Dalam era kegawatan ekonomi masa kini, peruncit luar talian di Malaysia perlu memberanikan diri untuk berdaya saing di dalam pasaran ekonomi yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Terbaharu, sebuah alat pemasaran iaitu SKALE, kini bersedia untuk membantu peniaga menghadapi kesukaran terutamanya dalam tempoh PKP 3.0 ketika ini.

SKALE telah dilancarkan dengan matlamat untuk menjadi alat pemasaran yang mudah dan senang diakses untuk membantu peruncit Malaysia memperoleh pelanggan baru sambil mengembangkan jualan yang boleh dikesan (trackable sales) dengan lebih efektif.

Tentang SKALE

SKALE

SKALE dilancarkan secara rasmi pada tahun 2019 dengan matlamat untuk menjadi alat pemasaran Semua-dalam-Satu (All-In-One) termudah yang mampu mendapatkan pelanggan baru dan mengembangkan jualan dengan efektif.

SKALE merupakan rangkaian alat pemasaran yang komprehensif; dimana ia adalah jalan penyelesaian untuk perusahaan dan perniagaan kecil.

Platform ini memberi mereka peluang untuk meningkatkan pertanyaan, jumlah pelanggan, prospek (lead) dan pertukaran jualan (sales conversions), serta mengesan pertukaran jualan di e-dagang dan omnichannel.

SKALE

Sepanjang tahun lalu, wabak ini telah menyebabkan industri runcit mengalami kerugian  dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) berkala dan sekatan pergerakan di seluruh negara.

Terdapat beberapa hasil selidik yang membuktikan bahawa pelaksanaan garis panduan yang ketat selama dua minggu untuk mengawal penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan peruncit kehilangan jualan sehingga  RM3.4 bilion.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila lebih daripada separuh perusahaan kecik dan sederhana (IKS) di Malaysia (58%) tidak bersedia untuk mencapai keuntungan mereka sepenuhnya melalui penggunaan teknologi digital.

Menyedari kepentingan ini, SKALE membolehkan perniagaan kecil melancarkan kempen pemasaran menggunakan PushAds (iklan digital), Baucar Digital (Digital Voucher), serta SMS dan E-mel.

 

Menjadikan Pemasaran Digital Terunggul Mampu Milik

SKALE

Dengan lebih dari 1,300 pengguna di Malaysia sehingga kini, SKALE telah menyaksikan perkembangan pengguna serantau yang luar biasa dalam jangka masa yang pendek sejak awal penubuhannya.

Beberapa ciri utama SKALE yang telah menarik perhatian penggunanya adalah, paparan muka (interface) yang mesra pengguna, keberkesanan kos, lambakan informasi melalui maklumat yang disokong oleh data, dan cara untuk memodalkan data tersebut bagi menyebarkan kempen pemasaran dengan lebih baik kepada golongan sasaran yang tepat.

Platform pemasaran ini juga bekerjasama dengan jenama FMCG di Malaysia seperti Anchor Food Professionals (AFP) bagi membantu untuk memberi semula dan menyokong rakan niaga mereka seperti restoran dan bakeri di Malaysia.

Selain itu, SKALE juga bekerjasama dengan pusat membeli-belah seperti MyTOWN, dalam menyokong penyewa mereka untuk memperoleh peningkatan dari segi pelanggan dan jualan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!