Sokongan Flash Player Bakal Ditamatkan Oleh Microsoft - Verst E-Com );

Type to search

E-Com Review

Sokongan Flash Player Bakal Ditamatkan Oleh Microsoft

Avatar
Share

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk Adobe Flash Player dan kini mereka berkongsi maklumat lanjut mengenai perancangan dalam penamatan sokongan berkenaan.

Adobe akan menamatkan sokongan Adobe Flash Player pada Disember 2020 ini, dimana tiada lagi penawaran Flash Player serta tiada lagi kemaskini baru untuknya.

Disebabkan ini, Microsoft turut mengumumkan mereka tidak akan menawarkan kemaskini selepas Disember 2020.

Microsoft Edge versi Chromium juga akan menamatkan sokongan untuk Flash Player dan versi Internet Explorer 11 juga tidak akan menerima sebarang kemaskini sekuriti daripada Microsoft untuk Flash Player.

Microsoft turut mengatakan mereka akan menawarkan sebuah perisian khusus untuk membuang komponen Flash pada Windows. Tarikh untuk pengenalan perisian ini masih tidak diketahui lagi.

Bagi pengguna perusahaan yang memerlukan akses ke Flash Player, diperlukan menjalankan Edge pada mod Internet Explorer, dan memberi kebenaran untuk mmenjalankan kod Flash.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!