Sony Kini Mengeluarkan Aplikasi Yang Menyokong Kameranya Sebagai Webcam Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet

Sony Kini Mengeluarkan Aplikasi Yang Menyokong Kameranya Sebagai Webcam

Share

Sony telah mengumumkan dimana ia telah melancarkan aplikasi PC yang membolehkan pengguna menggunakan kamera Sony mereka sebagai kamera web melalui USB 3.0.

Perisian ini, dikenali sebagai ‘Imaging Edge Webcam’, membolehkan pengguna menggunakan sepenuhnya kualiti gambar beresolusi tinggi, autofokus dan ciri unik setiap kamera yang serasi bagi digunakan semasa persidangan video.

“Kami teruja untuk berkongsi aplikasi baru yang memberikan begitu banyak pelanggan Sony untuk mengubah kamera mereka dengan cepat dan mudah menjadi kamera web yang sangat berkesan untuk streaming secara langsung, panggilan video dan banyak lagi,” kata pengurus besar Sony Digital Imaging, Ryo Ochi dalam satu kenyataan media.

Menurut mereka, sebanyak 35 model kamera Sony serasi dengan perisian ini semasa pelancaran. Ini termasuk siri Alpha 9, Alpha 7R III hingga IV, siri Alpha 7S, Alpha 7 II hingga III, beberapa siri Alpha 6000, siri RX100, RX0 I hingga II, ZV-1, dan banyak lagi.

Untuk memuat turun aplikasi PC Webcam Imaging Edge, boleh dapatkan di laman sesawang Sony. Senarai lengkap kamera yang serasi, serta manual arahan untuk aplikasi juga terdapat di halaman yang sama.

Buat masa ini hanya versi window sahaja yang tersedia.

Sumber: Sony
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!