Sony Secara Rasminya Menghentikan Pengeluaran Model PS4 );

Type to search

E-Com Gajet Gaming

Sony Secara Rasminya Menghentikan Pengeluaran Model PS4

Avatar
Share

Syarikat terkenal Sony Interactive Entertaiment secara rasminya telah mengeluarkan penyataan bahawa mereka akan menghentikan proses pembuatan dan pengeluaran setiap model PlayStation 4 (PS4).

Walau bagaimanapun, mereka hanya akan mengekalkan satu model sahaja iaitu PS4 Slim di mana ia merupakan versi 500GB.

Ps4, Playstation, Playstation 4

Penghentian tersebut juga melibatkan sistem PS4 Pro yang kini sudah berusia empat tahun.

Tindakan ini dibuat kerana pihak Sony ingin memfokuskan kepada pengeluaran PS5 kerana kebolehpasarannya sangat baik tidak kira di Jepun atau di pasaran global.

Pengeluaran model PS5 ini sangat berjaya sehingga ianya mengalami kekurangan stok sepanjang ia dilancarkan ke pasaran.

Ramai yang tidak menyangka bahawa Sony akan bertindak sebegini, terutama pada waktu kemuncak pengeluaran PS5.

Tindakan ini sedikit sebanyak membantu proses pengeluaran PS5 di mana generasi kini lebih tertarik kepada permainan yang eksklusif dan dimainkan dalam 4K.

Walau bagaimanapun, pengguna PS4 jangan risau dan khuatir kerana mereka masih boleh lagi untuk membeli dan bermain permainan video menerusi model tersebut, cuma Sony menyatakan bahawa ianya mungkin agak sukar untuk terus menyediakan sistem model yang lama sehingga tahun 2022.

[Sumber: IGN]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!