Story of Seasons: Pioneers of Olive Town Bakal Temui Anda Pada 2021 );

Type to search

E-Com Gaming

Story of Seasons: Pioneers of Olive Town Bakal Temui Anda Pada 2021

Avatar
Share

Kepada peminat permainan video berlatarkan pertanian dan gaya hidup pasti akan menyukai dengan permainan Story of Seasons: Pioneers of Olive Town di mana ia akan dilancarkan pada Mac tahun hadapan.

– Poster Story of Seasons: Pioneers of Olive Town; Nintendo –

Permainan ini keluaran syarikat terkenal iaitu MARVELOUS! dan ia dilancarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-25 Story of Seasons atau nama lama mereka iaitu Harvest Moon.

Permainan ini berkisahkan mengenai watak utama mengambil keputusan untuk meninggalkan kesibukan di bandar dan menguruskan sebuah ladang milik datuknya dalam pertanian dan ternakan.

Konsep awalnya hampir sama dengan konsep permainan SOS atau Harvest Moon yang lain.

Tetapi yang membezakannya ialah SOS: Pioneers Of Olive Town menceritakan bagaimana watak utama menguruskan sebuah ladang di Olive Town yang merupakan sebuah bandar pelabuhan yang kecil dan tenang.

– Watak utama yang boleh dipilih; Nintendo –

Permainan ini lebih ke arah kebebasan di mana anda perlu menguruskan tempat tinggal anda yang berada di tengah hutan belantara. Selain itu anda boleh memilih pasangan untuk berkahwin.

Kalau di permainan yang lain anda perlu membeli hidupan ternakan seperti ayam, lembu dan biri-biri tetpai kali ini anda hanya perlu menjinakkan mereka sahaja.

Pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan serta penambahan baharu yang lebih terbaik dan pasti membuat anda tidak sabar untuk membelinya.

Story of Seasons: Pioneers of Olive Town boleh dimainkan melalui model Nintendo Switch.

[Sumber: Nintendo]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!