Spotify Disalah Guna Oleh Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab );

Type to search

Apps E-Com

Spotify Disalah Guna Oleh Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab

Avatar
Share

Baru-baru ini timbul masalah di aplikasi muzik yang terkenal iaitu Spotify di mana terdapat penggunanya menggunakan kaedah yang salah untuk memasukkan remix muzik mereka.

Hal ini kerana, mereka amat sukar untuk mencari dan mendengar lagu yang tidak tersedia di Spotify tetapi ia berada di sumber yang lain.

Pengguna yang tidak bertanggungjawab itu menggunakan proses podcast di mana mereka memuat naik remix mereka di situ dan meninggalkan beberapa kata kunci bagi memundahkan orang lain mencarinya.

Perkara ini adalah satu perkara yang bercanggah dengan etika dan peraturan Spotify itu sendiri kerana jika anda ingin memuat naik lagu anda, ia memerlukan beberapa proses yang agak merumitkan.

Tetapi lain caranya bagi penggunaan Podcast, kerana ia lebih mudah dan hanya memerlukan beberapa langkah dan syarat sahaja.

MacBook Pro turned on

Pihak Spoitfy telah pun memadam dan membuang segala remix tersebut dan anda tidak lagi boleh menjumpainya.

Pihak Spotify memandang perkara ini dengan serius kerana bagi mereka penciptaan lagu itu melibatkan banyak pihak dan tenaga jadi tidak wajar bagi mereka yang tiada pengesahan untuk membuat perkara sedemikian.

Mereka juga akan terus menyempurnakan proses pengesanan, penghapusan serta mengurangkan aktiviti yang tidak wajar itu.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!