Stray, Game Playstation 5 Mengenai Kucing Yang Hidup Di Kalangan Robot Jadi Perhatian Ramai - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gaming Pilihan E-Com

Stray, Game Playstation 5 Mengenai Kucing Yang Hidup Di Kalangan Robot Jadi Perhatian Ramai

Share

Tidak sampai seminggu Sony mendedahkan reka bentuk Playstation 5 yang baru, orang ramai kini sudah mula melihat dan merancang permainan apa yang akan mereka mainkan apabila membeli konsol berkenaan.

Walaupun terdapat judul game yang hebat sudah diumumkan seperti  Spider-Man: Miles Morales dan Resident Evil 8, perhatian orang ramai tertumpu kepada sebuah game yang amat unik iaitu Stray, yang dibangunkan oleh BlueTwelveStudio dan diterbitkan oleh Annapura Interactive.

Stray adalah sebuah permainan video bergenre aksi-pengembaraan yang membolehkan pemain bermain sebagai seekor kucing jalanan di dalam kota yang didiami robot.

[Sumber: BlueTwelveStudio/Playstation]

Melalui sebuah siaran oleh BlueTwelveStudio, Pengarah Permainan dan Kreatifnya, Viv berkata, “matlamat kami adalah untuk menyajikan pengalaman yang unik bermain sebagai seekor kucing. Kami mendapat inspirasi setiap hari daripada kedua-dua kucing kami, Murtaugh dan Riggs.

“Ia juga adalah sudut pandangan yang unik bagi sebuah permainan video pengembaraan. Mengembara kota unik yang kami bina terasa amat segar apabila anda lalu di bawah kereta, atau berjalan di atas bumbung dengan penghuni yang tidak sedar akan anda.

[Sumber: BlueTwelveStudio/Playstation]
[Sumber: BlueTwelveStudio/Playstation]

Sinopsis rasmi Stray yang dikeluarkan oleh BlueTwelveStudio berbunyi: “Sesat, bersendirian dan terpisah daripada keluarga, seekor kucing jalanan harus menyelesaikan misteri purba untuk melepaskan diri daripada sebuah kota siber yang telah lama dilupakan dan mencari jalan pulang.

Stray masih dalam pembinaan dan dijangka akan bertemu pengguna Playstation 5 pada 2021.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=u84hRUQlaio[/embedyt]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!