Survei Telefon Dari 27 Disember 2019 Ke 31 Mei 2020 Akan Dilaksanakan Oleh SKMM - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Review

Survei Telefon Dari 27 Disember 2019 Ke 31 Mei 2020 Akan Dilaksanakan Oleh SKMM

Share

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan dua tinjauan dimana program ini dipanggil Tinjauan Pengguna Telefon Tangan 2019 dan Tinjauan Konsumer E-Commerce 2019. Pengumuman kedua-dua tinjauan itu dibuat melalui Twitter, oleh akaun rasmi SKMM.

Menurut tweet yang dikeluarkan, survei ini akan dijalankan mulai esok, 27 Disember 2019. Dan ia akan berterusan sehingga 31 Mei 2020. Kajian akan dijalankan melalui telefon, dan SKMM telah menyediakan senarai nombor telefon yang akan dihubungi untuk menjalankan tinjauan. Ia adalah senarai dari CATC Centre SKMM di Cyberjaya.

Panggilan ini akan dijalankan pada bila-bila masa sahaja, kecuali cuti umum negara. Menurut sumber, SKMM hanya akan melakukan panggilan antara jam 9 pagi hingga 6 petang. Penyertaan secara sukarela, jadi anda bebas untuk mengatakan tidak jika anda tidak mahu mengambil bahagian. Selain itu, SKMM menekankan bahawa tinjauan itu adalah untuk pengumpulan data sahaja tanpa ada unsur lain.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!