Suunto 7, Jam Tangan OS Dengan Sistem Pemetaan GPS Luar Talian - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan Editor Tech

Suunto 7, Jam Tangan OS Dengan Sistem Pemetaan GPS Luar Talian

Share

Pelbagai jam tangan pintar yang fokus kepada kesihatan dan kecerdasan telah dilancarkan dalam pelbagai harga tetapi ini adalah pertama sekali ia mempunyai sokongan peta luar talian.

Suunto memperkenalkan Jam Tangan Pintar Suunto 7 yang mempunyai sensor pengimbas nadi, altimeter, sistem pemantauan tidur dan segala kemampuan dan keupayaan melalui Wear OS. Apa yang pasti, jam ini turut boleh berfungsi dengan Google Fit dan ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih selesa berbanding menggunakan aplikasi tersendiri yang kebiasaannya mengambil masa untuk belajar cara guna.

Dengan kuasa bateri yang mampu bertahan selama 48 jam dalam mod pintar, 12 jam mod GPS, dan model ini dijana dengan cip Snapdragon Wear 3100.

Fungsi bijak Suunto 7 melalui sokongan peta luar talian dengan dilengkapi lebih dari 70 mod latihan berbeza. Jam tangan ini serasi untuk disambung dengan telefon pintar Android dan iOS.

Saiz skrin 1.97-inci, 50mm, ketebalan kerangka setengah inci dengan berat 70 gram dan mempunyai perlindungan kalis air 50 meter.

Suunto 7 akan dijual pada penghujung Januari untuk pasaran benua barat pada tanda sekitar harga $499.99, iaitu sekitar RM2054.01.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!