Tebus eBaucar Cuti-Cuti Malaysia RM50 Di Website AirAsia
Share

AirAsia telah mengumumkan dimana eBaucar Cuti-Cuti Malaysia RM50 kini boleh ditebus melalui laman web rasminya mulai hari ini. Pada masa yang sama, syarikat penerbangan juga menyatakan jaringan perjalanan domestik diperluaskan kepada lapan laluan baru untuk perjalanan penting dan masa depan.
Sejumlah 24,000 eBaucar kepada pelanggan yang layak di Malaysia sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC). Penebusan melalui laman web rasmi syarikat penerbangan bermula pada jam 2 petang 31 November 2020.
E-baucar ini akan membolehkan pelanggan menuntut diskaun sebanyak RM50 untuk sebarang penerbangan domestik AirAsia Malaysia yang ditempah antara 30 November hingga 13 Disember 2020. Di samping itu, masa perjalanan mesti ditetapkan antara 7 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021 .
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai maklumat penebusan ebaucar dan laluan domestik syarikat penerbangan, sila rujuk laman web rasmi AirAsia.