Telegram 6.3 Benarkan Anda Mengirim Fail Lebih Besar Dengan Beberapa Penambahan Baru - Verst E-Com

Type to search

E-Com Apps

Telegram 6.3 Benarkan Anda Mengirim Fail Lebih Besar Dengan Beberapa Penambahan Baru

Share

Kini aplikasi Telegram kian diminati dan digunakan oleh lebih ramai orang. Sama ada ciri menarik yang mungkin tidak pernah anda lihat , emoji dan pintasan yang berguna atau kelebihan perkhidmatan yang banyak ditawarkan.

Dan kini Telegram melancarkan kemas kini terbaru yang lebih besar yang bukan sahaja menambah ciri baru sahaja tetapi juga mengubah apa yang sedia ada.

Sekiranya anda selalu mahu mempunyai video sebagai foto profil anda, hantar fail yang lebih besar dari 1.5GB, atau kawal siapa yang boleh menghantar mesej kepada anda, maka kemas kini ini mempunyai beberapa tambah baik yang tersedia untuk anda.

Perkongsian Fail

Perkongsian fail sudah sangat fleksibel di Telegram, berbanding perkhidmatan seperti WhatsApp. Kita tahu had perkongsian fail 1.5GB sebelumnya lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan pengguna, kini had telah ditingkatkan menjadi 2GB.

Had baru ini digunakan untuk perbualan, serta penyimpanan awan tanpa had yang ditawarkan. Jika anda mempunyai beberapa gajet yang digunakan serentak, had fail yang meningkat ini pasti akan sangat berguna.

Video Profile

Video profil kini diaplikasi oleh kebanyakan aplikasi. Anda boleh membuat video profil dalam aplikasi Telegram sendiri menggunakan kamera selfie anda, atau anda boleh memilih video yang sudah dirakam dari folder kamera anda.

Setelah video dipilih, anda perlu memilih gambar sampul. Gambar sampul adalah bingkai dari video profil baru anda yang akan ditunjukkan dalam perbualan dan senarai kenalan. Video itu sendiri hanya akan dimainkan apabila pihak lain klik.

Terdapat banyak perubahan dan penambahan kecil dalam kemas kini baru ini, yang boleh anda baca di pautan sumber di bawah. Walaupun ciri-ciri baru ini tidak digunakan semua orang, adalah baik bagi platform terus berkembang dan terus berada di hadapan persaingan. Jika anda tidak boleh kemas kini menggunakan Play Store, anda boleh gunakan sumber APK Mirror. Perlu diingat bahawa setakat ini, kemaskini hanya tersedia bagi android vanila.

Sumber: Telegram

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!