Telegram Kini Boleh Memuatkan 1000 Orang untuk Video Call );

Type to search

Apps E-Com

Telegram Kini Boleh Memuatkan 1000 Orang untuk Video Call

Share
telegram

Telegram kini telah menaik taraf fungsi ini untuk menampung sehingga 1,000 orang dalam kemas kini platform itu yang terbaharu.

Bukan itu sahaja, semua panggilan video termasuklah 1-dengan-1 kini ada fungsi screen sharing beraudio.

Telegram dalam utusan mereka di laman rasmi memberitahu yang mereka berusaha untuk terus mempertingkat jumlah yang boleh menyertai sidang video kepada semua orang atas muka bumi ini.

Artikel berkaitan: Video Tiktok Ini Kongsikan 7 Fungsi Telegram yang Ramai Tidak Tahu

Antara potensi yang telah dibuka oleh Telegram kepada kita adalah sesi menonton movie bersama-sama rakan taulan.

Selain Group Video Calls 2.0, berikut adalah sebahagian besar fungsi baharu Telegram setakat 30 Julai 2021.

 

 

Video Messages 2.0

Bila anda gunakan fungsi Video Message, tidak akan ada salinan video disimpan di dalam telefon. Ia boleh jimatkan ruang storan tapi anda tetap boleh hantar mesej bergambar kepada rakan.

Untuk gunakan Video Message, anda Cuma perlu tap ion mikrofon untuk tukar kepada mode kamera.

 

 

Video Playback Speed

Apabila memainkan kandungan video yang dihantar kepada anda, ia mempunyai nada fungsi untuk mengubah kelajuan video dimainkan daripada 0.5 hingga kepada 2 kali.

 

Precision Drawing

Ciri ini amat berguna untuk anda yang perlu meletakkan tanda pada gambar. Fungsi baharu ini bolehkan anda mengezum masuk gambar yang ingin ditandai dan lakukan proses melukis lebih jitu.

 

 

[Sumber: Telegr@m]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!