Telegram Mula Perkenalkan Perkhidmatan Berbayar Bermula Tahun 2021 );

Type to search

Apps E-Com

Telegram Mula Perkenalkan Perkhidmatan Berbayar Bermula Tahun 2021

Avatar
Share

Aplikasi pesanan Telegram telah mula untuk melancarkan satu perkhidmatan berbayar yang dijangka akan beroperasi awal tahun ini.

Tujuan operasi tersebut dilancarkan adalah untuk menampung serta memerlukan peruntukan bagi mengekalkan perkhidmatan aplikasi tersebut kepada para pengguna.

Kenyataan tersebut dinyatakan sendiri oleh pengasas aplikasi Telegram iaitu Pavel Durov.

Apatah lagi, penggunaan Telegram amat meluas di seluruh dunia dan ia dijadikan sebagai satu alat komunikasi kerana manfaatnya yang agak banyak apatah lagi melibatkan kumpulan yang ramai orang.

Pavel Doriv juga turut menyatakan bahawa tiada perubahan besar dilakukan dan ia tidak akan menggangu para pengguna ketika menggunakannya. Segala ciri yang terdapat dalam aplikasi tersebut yang sekarang percuma akan kekal percuma.

– Kenyataan dari Pavel Durov; Soya Cincau – 

Perkhidmatan berbayar yang dinyatakan oleh Pavel Durov adalah dengan menambah beberapa ciri baru di mana para pengguna perlu membayarnya jika hendak menggunakannya.

Penggunaanya masih lagi secara percuma, malah pengguna baru juga boleh memuat turun secara percuma. Cuma tambahan ciri baharu sahaja yang perlu anda beli jika anda ingin menggunakannya.

[Sumber: Soya Cincau]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!