Teringin Rekod Video Di Youtube? Ini 5 Kamera Yang Sesuai Untuk Anda! Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet Tech

Teringin Rekod Video Di Youtube? Ini 5 Kamera Yang Sesuai Untuk Anda!

Share

Zaman sekarang ini, ramai yang telah mula berjinak-jinak dengan rekod video di Youtube. Kita dapat lihat ramai nama vlogger yang muncul dan mula naik.

Bayaran dari Youtube juga banyak apabila kita berjaya mencapai beribu-ribu penonton, sehinggakan vlogging ini merupakan satu kerjaya.

Pemilihan kamera yang bersesuaian amat penting bagi mencapai kepuasan hati ketika merekod dan hasil yang cantik serta tiada cacat-cela apabila ingin menyunting video.

Jadi, di sini saya akan memilih 5 kamera yang sesuai dimana kamera ini merupakan kamera yang selalu digunakan oleh ‘Youtuber’ dalam merekod video mereka.

Cadangan kamera ini tidak ditaja, namun ia hanya berdasarkan pendapat saya sendiri.

Source: Google

Canon EOS Rebel T6 Digital SLR Camera

Kamera ini merupakan kamera pilihan kebanyakkan Youtuber. Ia dapat merakamkan video dan gambar yang berkualiti tinggi, setanding dengan jurugambar yang profesional. Ia datang dengan high definition wide angle lens dan ini membenarkan rakaman anda menjadi lebih clear dan lawa.

Juga mempunyai 2x Professional Telephoto Lens untuk merekod lebih terperinci objek yang jauh tanpa menjadi kabur dan mempunyai Wi-fi dan ini lagi menyenangkan kita untuk sambungkan kepada mana-mana gajet yang kita inginkan.

Source: Google

Canon EOS 5D Mark III 22.3 MP 1080p Full-HD SLR

Kamera ini mempunyai Full-frame 22.3 megapixel CMOS sensor dan DIGIC 5+ image processor. Ini membenarkan anda untuk merekodkan gambar yang berkualiti tinggi. Warna-warna di dalam video akan nampak lebih terang tetapi natural dan segala perincian akan menjadi lebih terjaga walaupun di dalam gelap.

Dua Canon L-series lens juga terdapat di camera ini dan anda boleh rekod tanpa banyak pergerakan serta gegaran dan yang paling penting, ia dilengkapi dengan HD sebanyak 1080p supaya anda boleh mendapat rakaman yang berkualiti.

Source: Google

Canon PowerShot G9 X Digital Camera

Kecik dan ringan, kamera ini senang di bawa kemana sahaja yang diinginkan dan ia tidak akan lengkap tanpa 20.1 megapixel 1.0 inch-type sensor and DIGIC 7 image processor. Sesuai untuk mereka yang ingin merekod video di luar atau mengambil gambar yang berkualiti.

Ia juga dilengkapi dengan Wi-fi/NFC dan Bluetooth, menjadikan lebih senang untuk pengguna sambungkan kepada smartphone.

Dan sudah semestinya tidak akan lengkap tanpa kualiti video dan gambar sebanyak 1080p HD.

Source: Google

GoPro HERO4 Silver

GoPro sesuai untuk mereka yang ingin merakamkan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, berenang, bermain sukan dan pelbagai lagi. Ia mempunyai rakaman sebanyak 4K dan framerates yang laju pada resolutions yang rendah, menjadikan ia sesuai untuk rakaman yang slow-motion.

Gambar yang diambil oleh GoPro akan menghasilkan gambar yang berkualiti kerana ia mempunyai 12MP dengan ratio sebanyak 4:3. Ia juga terdapat 7MP dan 5MP.

Bagi merakam suara pula, ia akan dirakam pada 48kHz dengan mampatan AAC. Ia mempunyai kawalan yang automatik dan menggunakan pemampat multi-band dalaman untuk meningkatkan bunyi.

Source: Google

Canon PowerShot G7 X Mark II

Kamera ini mempunyai DIGIC 7 image processor di mana ia bukan sahaja menerangkan lgi gambar yang diambil dalam cahaya yang kurang, tetapi ia juga membolehkan penggambaran yang natural dalam suasana yang berbeza.

Ia juga mempunyai autofocus yang sudah ditambahbaikkan, menjadikan lebih banyak gambar yang clear boleh diambil. Kini ia juga mempunyai shooting modes yang baru seperti “Panning”, “Time-lapse movie” dan “Short Clip (Movie)”. Menjadikan ia lebih senang untuk mengambil gambar dan video tanpa memerlukan pengetahuan tentang tekniknya.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

2 Comments

  1. amy February 26, 2021

    salam fiq.
    tksh atas maklumat2 kamera wpun sy tak faham sangat tentang kamera ni. anak perempuan saya form 4 berminat utk vlogging, boleh fiq bagi tips kamera apa yg sesuai? adakah A6400 sony ok utk tahap beginner? tq fiq!

    Reply
  2. Mueastt February 27, 2021

    Sama-sama, boleh jadikan guide untuk menyokong minat anak

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!