Tesla Rekrut Pelajar Kejuruteraan Malaysia Sebagai Pengajar Robotik );

Type to search

E-Com Tech

Tesla Rekrut Pelajar Kejuruteraan Malaysia Sebagai Pengajar Robotik

Share
tesla

Seorang rakyat Malaysia, Fakhirah Khairuddin, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab), telah diterima bekerja di Tesla, Amerika Syarikat. Dia kini bertugas sebagai pengajar Latihan Teknikal Jurutera Robotik, bertempat di Fremont, California, AS.

Penghasil kereta elektrik dengan pemanduan autonomi tercanggih ini dipilih sebagai syarikat nombor 1 paling menarik untuk bekerja oleh pelajar jurutera di Amerika Syarikat.

Terpilih sebagai pekerja di syarikat yang paling disukai ramai bukanlah mudah, ternyata Fakhirah memiliki kelayakan yang hebat.

pelajar kejuruteraan malaysia
Fakhirah Khairuddin, kini bertugas sebagai pengajar Latihan Teknikal Jurutera Robotik.

Selepas menamatkan pembelajaran di MRSM, Fakhirah melanjutkan pelajaran di Universiti California, San Diego dan mendapat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Aeroangkasa dan Mekanikal pada tahun 2019.

Baca: Lihat Bagaimana Penggodam Ini Manipulasi Tesla Untuk Memecut Hingga 85 MPH

Seterusnya dia mendapat ijazah Sarjana Kejururteraan Aeroangkasa dan Mekanikal di universiti yang sama.

Sebelum menyertai Tesla, Fakhirah telah bertugas sebagai Jurutera Pembangun Pendorongan di universitinya dan menulis kod Matlab untuk mengkaji pengaliran haba enjin roket.

Pada tahun 2019, projek “CopyPasta” beliau memenangi tempat pertama dalam “Northrop Grumman System Engineering Challenge”. Sebagai pelajar Sarjana, dia juga menjalankan kajian pembangunan Projek Hexacopter.

linkedin
Tangkapan layar profil LinkedIn milik Fakhirah Khairuddin.

Menurut profilnya di LinkedIn, Fakhirah memiliki kepakaran dalam Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD), Pemodelan dan Analisis Elemen Terhingga, reka bentuk sistem elektro-mekanikal dan Pemilihan Bahan untuk Aplikasi Kejuruteraan.

Dia juga mahir sepenuhnya dalam Solidworks, Ansys Workbench dan Abaqus, Matlab, NI Labview dan Python.

Sebagai pegajar latihan teknikal di Tesla, Fakhirah mengajar FANUC dan robot Kuka kepada jurutera dan juruteknik.

[Sumber: Richard Ker]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!