Tesla Sudah Menerima 200,000 Tempahan Untuk Cybertruck - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Pilihan Editor Tech

Tesla Sudah Menerima 200,000 Tempahan Untuk Cybertruck

Share

Khamis lalu (21 November), Elon Musk membuatkan semua pengikut dunia teknologi terkesima apabila beliau memperkenalkan ciptaan terbaharu Tesla yang dipanggil Cybertruck – sejenis trak (pick-up) penumpang dengan enam tempat duduk.

Trak kalis peluru ini berfungsi menggunakan kuasa bateri sepenuhnya, diperbuat daripada keluli tahan karat dan cermin “armour glass”.

Trak ini dijual dalam tiga konfigurasi – single motor rear wheel drive, dual motor all wheal drive dan tri motor all wheel drive.

Harga bermula dari 39,000 usd (RM162,000) sehingga 69,000 usd (RM288,000).

Jika mahukan fungsi pemanduan sendiri (swa-pandu), tambahan 7,000 usd (RM29,000) dikenakan.

Selain kalis peluru dan boleh mengaktifkan mod pemanduan swa-pandu, Cybertruck mampu bergerak sejauh 800 km dengan sekali cas.

Ia juga mampu menarik (tow) kenderaan lain dengan berat maksimum 6350kg.

Sementara itu, ruang kargo di belakang menggunakan penutup “magic tonneau” yang kukuh – membolehkan seorang lelaki dewasa berdiri di atasnya tanpa menyebabkan kerosakan.

Melalui siapan di akaun Twitter beliau, CEO Tesla, Elon Musk menyatakan Tesla sudah menerima 200,000 tempahan sehingga Sabtu lalu (23 November).

Ia merupakan angka yang tinggi, memandangkan Cybertruck hanya akan memasuki kerja produksi pada hujung tahun 2021 dan cermin Cybertruck pecah ketika demonstrasi membaling objek keras dilakukan sewaktu pelancarannya.

“Saya tak pasti apa yang berlaku. Kami telah membaling bermacam objek keras termasuk sinki dapur dan cermin itu tidak pecah.

Entah kenapa ia pecah sekarang (setelah dibaling bebola keluli),” ujar Musk sewaktu acara demonstrasi.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!