The Elder Scrolls Bakal Diadaptasi Dalam Siri Netflix - E-Com );

Type to search

The Elder Scrolls Bakal Diadaptasi Dalam Siri Netflix

E-Com Review

The Elder Scrolls Bakal Diadaptasi Dalam Siri Netflix

Avatar
Share

Kita telah melihat sebilangan besar tajuk permainan video yang dijadualkan untuk dijadikan siri Netflix. Baru-baru ini, siri The Elder Scrolls dikhabarkan akan menyertai senarai tajuk yang bakal diadaptasi. Tajuk lain yang bakal diadaptasi juga seperti Assassin’s Creed, Resident Evil, dan juga Splinter Cell.

Melihat kepada kejayaan The Witcher dan Castlevania, Netflix dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk mengadaptasi satu lagi francais video game yang cukup popular.

The Elder Scrolls

The Elder Scrolls bakal diadaptasi kepada siri televisyen Netflix ini telah diperkatakan oleh orang dalam industri, Daniel Ritchtman menerusi GameRant.

Walaupun itu sahaja butiran yang diketahui setakat ini, ramai merasakan yang khabar angin mungkin ada asasnya. Hal ini kerana satu lagi francais dari Bethesda, Fallout sudah pun diadaptasi dan bakal ditayangkan di Amazon Prime Video.

Dari segi bahan cerita, Netflix pasti mempunyai lebih daripada cukup untuk dihasilkan. Bagaimanapun, siri ini sudah merangkumi lima entri utama dan MMO. Walaupun siri ini tidak akan berkongsi plot dengan jalan cerita permainan, masih ada lima wilayah yang penuh dengan bahan yang boleh diambil bagi memenuhi penceritaan adaptasi ini.

Kita tunggu dan lihat apa kata Netflix.

Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!