Ini Akan Terjadi Jika Tidak Menerima Syarat WhatsApp Sehingga 15 Mei Ini ! );

Type to search

Apps E-Com

Ini Akan Terjadi Jika Tidak Menerima Syarat WhatsApp Sehingga 15 Mei Ini !

Avatar
Share

Seperti yang ramai sudah sedia maklum bahawa aplikasi WhatsApp memang sudah melakukan update terbaru mereka dan segala syarat serta terma dari segi polisi privasi.

Terkini mereka sudah memanjangkan tempoh penerimaan para pengguna untuk menerima syarat dan terma aplikasi tersebut sehingga 15 Mei ini.

Syarat

Namun apa yang bakal terjadi jika anda masih lagi tidak menerima syarat dan terma update tersebut?

Menurut Techcrunch, mereka telah menerima maklumat bahawa pengguna yang masih belum menerima update terbaru tersebut akan menerima notifikasi secara dari semasa ke semasa mengenai syarat dan terma tersebut sehingga 15 Mei ini.

Jika masih lagi terdapat pengguna yang tidak menerima, mereka tidak lagi boleh baca atau menghantar sebarang pesanan melalui WhatsApp tetapi boleh membuat panggilan dan menerima notifikasi.

Jadi anda perlu menerima syarat dan terma mereka itu jika masih belum membuatnya apabila menerima notifikasi dari pihak WhatsApp dalam masa terdekat ini.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa tindakan mereka itu sedikit leceh tetapi kita sebagai pengguna perlulah mengikuti segala syarat dan terma yang dikeluarkan.

[Sumber: Techcrunch]

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!