TikTok Dah Boleh Buat Content Berdurasi 3 Minit Gais! );

Type to search

Apps E-Com

TikTok Dah Boleh Buat Content Berdurasi 3 Minit Gais!

Share
Tiktok

TikTok sebelum ini sekadar membenarkan majoriti besar pengguna berkongsi video dibawah 60 saat sahaja – tetapi perkara berkenaan dilihat berubah secara berperingkat.

Kini, TikTok mengumumkan yang mana semua pengguna seluruh dunia akan menerima akses untuk berkongsi video sehingga 3 minit lamanya.

Dengan perubahan ini, ia dijangka akan memudahkan lagi pengguna berkongsi hasil karya mereka tanpa perlu membahagikan kepada beberapa bahagian.

Artikel Berkaitan: Video TikTok Ini Kongsikan 7 Fungsi Telegram Yang Ramai Tidak Tahu

Dengan pembaharuan baharu ini juga, TikTok dijangka akan mengekalkan pengguna pada platform mereka untuk tempoh yang lebih lama – dan membuatkan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada platform berkenaan.

Selain TikTok, kini Instagram juga telah mengumumkan mereka turut sedang melihat kepada arena video, dan akan memperkenalkan beberapa pembaharuan pada platform mereka dalam bulan-bulan akan datang.

So gais, nak buat content apa jer hari ini di TikTok?

[Sumber: Newsroom TikTok]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!