Meskipun baru sahaja menjengah ke dunia digital jika dibandingkan dengan aplikasi media sosial yang lain, Tiktok dilihat semakin digilai ramai terutamanya golongan muda.
Syarikat itu dalam catatan blognya pada hari Isnin lepas mengatakan bahawa ia kini mempunyai lebih dari 1 bilion pengguna aktif bulanan di seluruh dunia, sekaligus menewaskan aplikasi media sosial yang lain seperti Facebook dan Google.
Populariti aplikasi video pendek semakin meningkat naik apabila orang ramai menghabiskan lebih banyak masa di telefon mereka semasa wabak pandemik COVID-19 mengganas di seluruh dunia.
TikTok juga berjaya mengekalkan popularitinya walaupun diberi saingan daripada aplikasi lain yang melancarkan produk copycat, termasuk Reels Instagram , YouTube’s Shorts dan Snapchat’s Spotlight .
Berdasarkan rekod, pengguna aplikasi berkenaan meningkat sebanyak 25% pada bulan Ogos berbanding bulan yang sama tahun lalu,
Rekod ini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan TikTok sebagai barisan platform media sosial yang lebih kompetitif kerana Facebook, YouTube dan Instagram, hanya berjaya mencecah 1 bilion pengguna pada bulan Jun 2018 .
Memang tidak dinafikan bahawa aplikasi Tiktok kini semakin dikenali dan lebih mudah untuk digunakan kerana mempunyai fungsi video pendek yang sangat menarik.
Kalau dalam sehari tak scroll Tiktok mesti terasa tak lengkap kan hidup ni?
[Sumber]: cnn
Baca: Kanak-Kanak Di China Hanya Dibenarkan Bermain Tiktok Selama 40 Minit Sahaja Sehari