Tips Ketika Ingin Membeli Power Bank

Type to search

E-Com Gajet Tips

Tips Ketika Ingin Membeli Power Bank

Share

Zaman kini, penggunaan power bank boleh dikatakan sangat penting terutama bagi mereka yang bekerja diluar dari pagi hingga malam ataupun para pelajar di luar sana.

Ini kerana penggunaan telefon pintar sangat penting bagi penyampaian dan pengumpulan maklumat sehingga boleh mengahbiskan bateri telefon pintar anda. Jadi wujudnya power bank adalah sebagi pengecas bila mana anda tidak menjumpai tempat untuk mengecas telefon anda di luar.

Namun masih ramai yang kurang jelas bagaimana untuk memilih dan membeli power bank yang bersesuaian dengan cara kerja dan kehidupan mereka. Antara tips yang sesuai dan berguna ialah:

1. Ketahui Kapasiti Power Bank Dan Bateri Telefon

Penting bagi anda untuk mengetahui kapasiti power bank dan bateri fon anda agar ianya sesuai, tidak terlalu sedikit kuasa atau terlebih.

Bagi pengguna iPhone, anda digalakkan menggunakan power bank yang tidak terlalu besar kapasitinya kerana bateri iPhone tidak dimuatkan kapasitinya melebihi 3000mAh.

Promosi Produk, Barang-Barang Promosi

Bagi pengguna Android pula, anda perlu cari yang bersesuaian dengan jenama telefon anda.

2. Rupa Bentuk Juga Penting

Pasti ramai yang tidak ingin membawa power bank yang begitu besar sehingga menyusahkan mereka untuk membawanya kemana-mana sahaja. Tetapi mungkin ada yang selesa dengan power bank yang saiznya besar. Semua itu ikut kepada selera dan keselesaan pengguna.

red leather case on black surface

3. Beli Yang Original

Jika anda ingin membelinya secara atas talian, pastikan anda menyemak kembali kedai yang anda ingin membeli darinya terlebih dahulu. Pastikan ulasan dari kedai tersebut sangat baik dan positif serta pastikan kedai tersebut berniaga lebih dari setahun.

Smartphone, Baterai, Biaya, Charger

Ini mengelakkan anda dari membeli barang tiruan. Sebaiknya belilah dari kedai elektronik di mana anda boleh melihat, mencuba serta memastikan keberkesananya sendiri.

Jika anda masih tidak pasti apa yang patut anda lakukan, anda boleh bertanya kepada pekerja atau staff kedai yang anda pergi. Mereka pasti akan menyajikan anda power bank yang bersesuaian dengan bajet anda serta kegunaannya.

Sumber:Xpert.My

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!