TM Tawarkan Unifi Broadband Lite 1Mbps dari 1GB kepada 50GB );

Type to search

E-Com Tech

TM Tawarkan Unifi Broadband Lite 1Mbps dari 1GB kepada 50GB

Share
tm

TM menawarkan kelajuan muat turun 1Mbps dan muat naik 384kbps, dengan kuota kini dihadkan kepada 50GB. Seperti biasa, ia datang bersama router ‘wireless’ percuma dan kontrak 12-bulan tetapi tiada minit panggilan disertakan.

Di dalam ruangan soalan lazim FAQ, kelajuan akan disekat kepada 128Kbps apabila mencecah kuota bulanan 50GB.

TM turut memberikan contoh bahawa dengan 50GB, ia boleh digunakan untuk melayari internet selama 2,000 jam, menonton video selama 200 jam, dan menggunakan Facebook selama 2,500 jam tidak termasuk video.

Memandangkan ini bukanlah pelan tanpa had, FAQ ada menasihatkan pengguna supaya mematikan modem mereka apabila tidak menggunakan internet.

Artikel berkaitan: Tawaran 30 Hari Percuma Percubaan Bagi Unifi Fiber Broadband

Jika mahu membuat banyak panggilan, boleh menambah pelan panggilan RM10 yang memberikan panggilan tempatan tanpa had.

Pelan Unifi Broadband Lite 1Mbps dengan kuota 50GB hanya ditawarkan di lokasi yang tidak memiliki rangkaian fiber.

Kepada pengguna yang mahukan kelajuan lebih pantas dan kuota tanpa had, pelan Unifi Lite ditawarkan pada harga RM89/bulan. Berbeza mengikut lokasi, kelajuan muat turun ditawarkan sehingga 8Mbps dan muat naik sehingga 512kbps.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, ada beberapa cara lain untuk mendapatkan internet tanpa had kuota di bawah RM80/bulan di TM.

Pelan prabayar #BEBAS Unifi Mobile memberikan data tanpa had bersama hotspot LTE tanpa had pada harga RM35/bulan. Selain itu, pelan Unifi Air menyediakan kelajuan jalur lebar wayarles sehingga 20Mbps dan kuota tanpa had, pada harga RM79/bulan.

[Sumber: TM]
Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!