Top 3 Game 'Horror' 2021 Yang Perlu Korang Muat Turun );

Type to search

E-Com Gaming

Top 3 Game ‘Horror’ 2021 Yang Perlu Korang Muat Turun

Share
horror

Siapa di sini peminat game genre ‘Horror‘ korang semua wajib dapatkan tiga game ini yang akan keluar di pasaran tidak lama lagi.

Genre ini memang agak menakutkan tetapi ianya merupakan sebuah cabaran bagi pemain untuk menyelesaikan misi yang diberi.

1. Resident Evil Village

horror
(Kredit: @RE_Games)

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan game Resident Evil malah ianya merupakan game yang ‘top‘ dalam kalangan genre ini. Ianya merupakan keluaran dari syarikat Capcom dan anda boleh bermainnya melalui PC, PS5 dan XSX.

Game ini berkonsepkan ‘survival‘ yang seram di mana watak utamanya Ethan berjaya melarikan diri dari keluarga Baker yang gila. Dia kemudian bertemu dengan Chris Redfield yang memberinya pelbagai tanda tanya dan pengembaraannya bermula di sebuah kampung misteri yang penuh dengan musuh dan makhluk baharu.

Game ini juga merupakan sambungan dari game Resident Evil 7. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengembaraan yang menyeramkan ini.

2. Little Nightmares 2

horror
(Kredit: @LittleNights)

Gamehorror ‘ini sebelumnya berjaya di pasaran dengan judul yang sama iaitu Little Nightmares hasil Tarsier Studios. Untuk kali ini watak protagonisnya Mono bersama Six akan melarikan diri mereka dari musuh yang lebih menyeramkan ketika mereka menuju ke tempat perlindungan.

Walau bagaimanapun, masih kurang informasi yang belum diungkapkan oleh pihak mereka tetapi Tarsier Studios telah menambah beberapa penambahan yang menarik seperti pertempuran. Kita nantikan sahaja berita dari mereka untuk ketahui lebih lanjut.

3. Evil Dead: The Game

Untuk game yang ini pula ianya lebih kurang dengan Dead By Daylight atau Friday The 13th: The Game di mana watak protagonist mereka akan bekerjasama dengan pasukan untuk menutup kembali portal interdimensi.

Game ini lebih memfokuskkan kepada usaha sama pasukan untuk mempertahankan dunia mereka daripada ancaman yang tidak diingini.

Horror

 

[Sumber: Gameranx]

Baca juga: #ArtistOfMalaysia trending di twitter tampilkan bakat-bakat pelukis muda

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!