Top 5 Apps 'Thorbaek' Untuk Buat Content Media Sosial 2021 );

Type to search

Apps E-Com Pilihan E-Com

Top 5 Apps ‘Thorbaek’ Untuk Buat Content Media Sosial 2021

Share
apps

Pernah tak rasa yang kadang-kadang content yang anda buat, tak mendapat likes dari followers ataupun rakan di media sosial? Well, ada apps yang easy boleh bantu anda. 

Anda juga semestinya tak mahu habiskan masa atau duit yang banyak untuk membuat content dan juga marketing.

Well, good news bagi sesiapa yang membaca artikel ini. Ada beberapa apps yang menyediakan template dan sumber design yang thorbaek – gambar, ikon, shape dan gaya teks.

Yang paling syoknya, anda tak perlu bayar mahal untuk dapatkan hasil yang premium. Penulis telah test lebih daripada 15 apps dan telah buat senarai pendek bagi mudahkan pencarian dan boleh hasilkan terus posting di media sosial.

Jom lihat 5 Apps awesome bagi anda yang mahukan jalan mudah tapi dapat hasilkan content yang best.

1. Canva - Web, iOS, Android, macOS, Windows

canva

Canva ialah graphic designs apps yang sangat simple tetapi sangat disukai ramai kerana template yang mudah diakses dan senang untuk edit.

Terdapat beratus ribu template, grafik, dan gambar yang anda boleh gunakan jika ambil plan percuma.

Ia juga mempunyai features yang sama seperti Google Docs, yang membolehkan anda berkongsi atau kolaborasi dengan orang lain.

Harga Canva: Pelan Percuma, dapat 250,000+ templates dan storage 5GB, 100+ lebih design (media sosial, presentations, surat dll).

2. Adobe Spark - Web, iOS, Android

adobe spark

Macam yang anda familiar, Adobe adalah nama terbesar dalam dunia graphic design, dan paling menariknya, mereka juag mengeluarkan satu aplikasi mudah digunakam khas untuk buat content di media sosial dan web graphic.

Adobe Spark (atau Adobe Spark Post di telefon bimbit untuk alat yang anda mahukan) tidak begitu popular macam Photoshop atau Illustrator, tetapi sebenarnya lebih mudah digunakan untuk kebanyakan orang. Dan, it’s free!

Semasa penulis sedang menulis tentang ini, Spark juga claim yang dia ada lebih dari 34,000 templates yang anda boleh guna secara percuma.

Salah satu features awesome yang penulis sangat suka, Spark sangat mudah untuk ubah saiz dan format semula mengikut posting di pelbagai platform media sosial – Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok.

Cuma ada satu sahaja yang penulis kurang gemar iaitu watermark logo Spark di bawah. Jika anda klik pada logo tersebut, anda hanya boleh membuangnya sekali sahaja.

Tapi lepas banyak buat testing, watermark itu akan boleh delete terus dalam semua projek yang anda buat.

Baca lagi: 3 Aplikasi Untuk Edit Gambar Yang Perlu Ada Dalam Telefon Anda, Klik Sini

3. Pablo by Buffer - Web

pablo

Apps ini mempunyai ciri yang minimalist dan bagi anda yang sukakan posting teks, aplikasi ini sesuai untuk anda.

Bagi penulis, Pablo ini easy as pie sebab tak perlu daftar akaun. Anda boleh terus membuat pengeditan terus daripada apps ini.

Untuk muat turun hasil editing, anda boleh klik pada download untuk simpan terus dalam folder komputer atau boleh kongsikan di lama media sosial.

4. Desygner - Web , iOS, Android

apps

Desygner mempunyai beberapa ciri yang paling maju dari mana-mana aplikasi yang penulisi uji — walaupun masih mudah digunakan.

Sekiranya anda tidak mahu pergi ke template (walaupun ia mempunyai ribuan template best untuk digunakan), features seperti pen digital melukis percuma dan keupayaan untuk mengimport dari fail PDF, JPA, dan SVG memberi anda lebih banyak kebebasan kreatif.

Walaupun anda design sendiri sememangnya akan lebih memakan masa daripada ambil template, ini bermaksud grafik media sosial anda akan menjadi unik.

Terdapat persamaan tertentu dengan banyak default template di setiap aplikasi, dan anda akan mula melihatnya dalam newsfeed media sosial anda. Desygner membantu content anda menonjol.

5. Snappa - Web

apps

Dari semua aplikasi dalam senarai ini, Snappa adalah satu-satunya apps yang bebas ada akses ke template, grafik, gambar, dan design yang sama seperti pelan berbayar.

Caranya adalah hanya dengan memuat turun tiga reka bentuk sebulan. Sekiranya anda hanya perlu membuat gambar untuk saluran media sosial anda – atau hanya ingin membuat one-off banner Twitter atau halaman Facebook anda – sangat bagus kerana tidak selalu mengalami pemberitahuan peningkatan.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!