Topeng Muka N95 Dengan Teknologi Nanofiber Lebih Berkesan Halang Virus Verst E-Com );

Type to search

E-Com Tech

Topeng Muka N95 Dengan Teknologi Nanofiber Lebih Berkesan Halang Virus

Share

Kes Covid-19 masih belum reda, malahan jumlah nyawa yang terkorban serta mangsa yang dijangkiti semakin meningkat.

Penjualan topeng muka juga makin berkurangan dan ada yang telah habis dijual di pasaran.

Sejak tersebarnya virus Covid-19 ini, masyarakat dunia lebih mengawasi persekitaran mereka untuk mengelakkan diri dari dijangkiti.

Topeng muka N95 direka berdasarkan teknologi lebih berkesan menghalang virus seperti Covid-19 (Corona Virus) berbanding topeng muka biasa.

Covid-19 adalah keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-Cov dan SARS-CoV.

Virus spesis baru ini tidak sama dengan influenza yang ada di Malaysia, 75 buah negara terlibat dengan kes Covid-19 ini.

Statistik terkini sehingga 4 Mac, 8.00 pagi, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 92, 844 dan jumlah kematian sebanyak 3,171.

Kes di Malaysia adalah sebanyak 36 buah kes dan tiada lagi kematian direkodkan.

Maklumat terkini dari WHO 4 Mac 2020, Setakat 8.00 pagi (Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia)

Antara langkah pencegahan adalah dengan memakai penutup mulut dan hidung, rata-rata masyarakat menggunakan surgical face mask berbanding N95.

Penggunaan topeng wajah ini penting kerana virus boleh tersebar melalui batuk, setiap kali batuk 3,000 titisan halus di paru-paru bergerak 80 Kilometer per jam.

Sementara bersin pula meyebarkan titisan halus sebanyak 100,000 pada kelajuan 160 Kilometer per jam.

Topeng wajah akan menghalang titisan yang dibebaskan ke udara dari memasuki liang yang ada pada individu lain yang tidak dijangkiti.

Nanofibers adalah bahan penapis yang sempurna digunakan dalam topeng muka N95.

Teknologi ini menyediakan kawasan permukaan spesifik yang sangat besar, mampu berfungsi dengan pelbagai kumpulan kimia aktif untuk meningkatkan kecekapan pernafasan.

Kecekapan pernafasan ini penting dalam proses menangkap zarah nano seperti virus, bakteria dan zarah buatan manusia seperti jelaga yang terhasil dari kenderaan.

Electrospinning merupakan kaedah yang digunakan secara meluas untuk menghasilkan teknologi nanofiber.

Electrospun nanofiber yang terhasil dari kaedah itu mempunyai purata luas permukaan spesifik 1000 kali lebih tinggi daripada mikrob.

Saiz liang pula 100 kali lebih kecil daripada microfiber.

Kaedah ini meningkatkan kecekapan topeng muka N95 dalam menapis zarah-zarah bahaya termasuk virus.

Namun begitu, N95 ini tidak kalis minyak, bahan pepejal yang mengandungi minyak serta bahan aerosol.

Berita baiknya adalah, virus seperti Covid-19 tidak melibatkan medium seperti minyak.

Jika topeng muka N95 ini dipakai dengan betul, ia boleh menghalang sekurang-kurangnya 95% zarah berbahaya dalam udara.

Apa yang menariknya, topeng ini boleh digunakan selagi ia tidak rosak kerana ia tidak mempunyai jangka hayat spesifik.

Berbeza dengan topeng muka surgical yang perlu ditukar secara berkala.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!