Toyota Bakal Melancarkan Kereta Berteknologi Baru );

Type to search

E-Com Tech

Toyota Bakal Melancarkan Kereta Berteknologi Baru

Avatar
Share

Baru-baru ini syarikat Toyota Motor Corp bakal melancarkan sebuah kereta yang berteknologi tiggi dan maju di mana ia mempunyai fungsi kompak yang bole dicas.

Kereta tersebut merupakan pod C+ kenderaan elektrik yang selesa dan telah disesuaikan untuk memuatkan dua orang penumpang.

Apa yang menarik ialah kereta ini tidak akan menggunakan sebarang diesel sebagai sumber tenaga mereka tetapi menggunakan tenaga elektik dan pengecasan.

Buat masa ini syarikat tersebut merancang untuk melakukan penjualan kereta tersebut kepada syarikat dan pemerintah daerah sebagai inisiatif meluaskan lagi penggunaannya.

Harga yang bagi kereta tersebut ialah sekitar ¥ 1,65 juta hingga ¥ 1,716 juta di Jepun dan mempunyai ukuran sepanjang 2.49 meter dan tingginya berukuran 1.55 meter.

– Kenderaan elektrik model C + pod Toyota Motor Corp; The Japan News –

Jauh perjalanan kereta ini boleh mencapai maksimum sehingga 60 kilometer sejam dan juga boleh menempuh jarak hingga 150 kilometer dalam purata 5 jam.

Pemandu boleh mengecas kereta tersebut menggunakan outlet di rumah atau di kawasan pengecasan di pelbagai kawasan.

Syarikat ini menjangkakan bahawa kereta ini bakal digunakan untuk pengangkutan jarak pendek seperti untuk dikawasan pelancongan dan perniagaan.

Kereta ini akan menapak di negara Jepun dan bakal menjadi satu fenomena kemajuan teknologi manusia.

[Sumber: The Japan News]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!