Trend Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar di Malaysia Verst );

Type to search

E-Com Apps

Trend Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar di Malaysia

Share

Berapa kerap anda menggunakan aplikasi pada telefon pintar setiap hari? Dalam satu tinjauan, telefon pintar dijangka akan menggantikan komputer dan laptop sebagai media it pada masa akan datang.

Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi paling aktif di Asia.

10 jenis trend penggunaan aplikasi mudah alih yang perlu diketahui seperti berikut:

1. Menurut carian di SimilarWeb berkaitan aplikasi telefon pintar android mendapati aplikasi kesihatan merupakan penggunaan tertinggi diikuti oleh waktu solat.

Manakala aplikasi berkaitan nombor ekor adalah paling banyak dipasang dalam kalangan top 10 aplikasi di Malaysia.

2. Secara purata, lebih 25 aplikasi mudah alih dipasang dalam sebuah telefon pintar bagi seorang pengguna di Malaysia.

3. Pengguna tempatan telah beralih daripasa menggunakan pelayar web (mobile web) ke aplikasi mudah alih.

Google sentiasa menggalakkan pembangun untuk menjadikan pengalaman merentasi pelayar web dan aplikasi mereka lebih lancar dan mesra pengguna.

4. Mencari aplikasi baharu di App Store atau Play Store

Pengguna di Malaysia menemukan aplikasi baru melalui enjin carian yang terdapat di App Store atau Play Store berbanding dari sumber yang lain.

Kecuali aplikasi permainan video yang kerap dimuat naik dari pelayar media sosial.

5. Aplikasi permainan adalah yang paling banyak dimuat turun dan paling banyak dinyah-pasang (uninstall)

Pengguna lebih suka mencuba permainan baru setiap bulan.

6. Lihat bintang sebelum memasang aplikasi

Pengguna di Malaysia biasanya akan melihat bintang yang diberi sebelum membaca ulasan dari pengguna yang lain terlebih dahulu sebelum memuat turun aplikasi.

7. Membuang aplikasi yang tidak relevan

Rakyat Malaysia akan membuang aplikasi yang mereka rasa tidak lagi relevan atau tidak lagi berguna berbanding faktor kapasiti memori yang digunakan dan faktor perbandingan dengan aplikasi lain.

8. Tidak gemar bayar kandungan digital

Rakyat Malaysia lebih gemar mendapatkan kandungan digital secara percuma berbanding yang berbayar.

9. Beli produk melalui aplikasi

Hampir 75 peratus pengguna di Asia selesa untuk membeli produk atau perkhidmatan melalui aplikasi. Contohnya seperti tiket kapal terbang, pakaian, beg atau kasut.

Kini saingan rancak berlaku dalam aplikasi shopee dan lazada di Malaysia.

10. Notifikasi Emel

Hanya notifikasi dari emel sahaja yang mempunyai peratus tinggi tidak dinyahkan, aplikasi mesej kebanyakan pengguna akan menutup fungsi notifikasi untuk satu-satu masa.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!