Trump Cadang Guna Bom Nuklear Untuk Hentikan Ribut Taufan Melanda Amerika Verst E-Com );

Type to search

E-Com Tech

Trump Cadang Guna Bom Nuklear Untuk Hentikan Ribut Taufan Melanda Amerika

Share

Berdasarkan laporan Axios yang disiarkan semula oleh agensi berita CNN, Presiden Amerika, Donald Trump ada bertanyakan kepada para penasihatnya baru-baru ini mengapa tidak menggunakan bom nuklear sahaja untuk menghentikan ribut taufan daripada menghampiri Amerika Syarikat.

Difahamkan, Trump mengajukan soalan tersebut sewaktu sesi taklimat di Rumah Putih.

Beliau dilaporkan bertanya kepada para penasihat, “Ribut mula terbentuk di luar pantai Afrika, sebaik sahaja ia bergerak ke Atlantik, kita gugurkan bom nuklear di tengah-tengah ‘mata’ ribut itu bagi menukar haluannya. Kenapa kita tidak boleh buat begitu?”

Menurut Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA), idea Trump tersebut mustahil kerana ‘tidak wujud bom nucklear yang cukup kuat untuk menghalang ribut taufan.’

nuc2

“Kuasa daripada bom nuklear hanya mampu menggangu tekanan udara dalam beberapa saat sahaja,” jelas NOAA.

Menurut sumber, Trump memberi cadangan tersebut sebagai usaha untuk menyelesaikan krisis ribut tropika yang melanda tenggara Amerika.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!