Twitter: Audio Tweet Kini Ada Di iOS - Verst E-Com

Type to search

E-Com Apps

Twitter: Audio Tweet Kini Ada Di iOS

Share

Twitter kini melancarkan keupayaan untuk merakam potongan suara dan lampirkannya di tweet anda. Ciri baru ini pertama kalinya di iOS dan ia diancarkan hari ini terhad ke beberapa kumpulan pengguna sahaja.

“Kadang-kadang 280 watak tidak mencukupi dan beberapa nuansa perbualan hilang dalam terjemahan. Oleh itu, mulai hari ini, kami menguji satu ciri baru yang akan menambahkan sentuhan manusia pada cara kami menggunakan Twitter – suara anda sendiri,” tulis Maya Patterson dan Remy Bourgoin dari Twitter dalam catatan blog.

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang mendapat akses ini, anda dapat lihat terdapat ikon berbentuk gelombang di sebelah ikon kamera semasa sedang membuat tweet.

Tekan tersebut, dan butang rakam berwarna merah akan muncul di bahagian bawah skrin, dan selepas itu anda perlu tekan untuk memulakan rakaman pesan anda.

“Setiap tweet suara akan menangkap sehingga 140 saat audio. Ada lagi yang boleh diperkatakan? Terus bercakap. Setelah anda mencapai had masa untuk tweet, tweet suara baru akan bermula secara automatik untuk membuat utas,” kata Twitter.

Rakaman suara tersebut hanya dapat ditambahkan ke tweet asli anda sahaja, menurut halaman bantuan ini, anda tidak boleh masukkan audio tersebut ke dalam balasan tweet dan komen.

Perkara kecil yang perlu diperhatikan adalah bahawa apa sahaja gambar profil anda semasa anda merakam klip audio akan selalu dilampirkan pada tweet audio itu.

“Foto profil semasa anda akan ditambahkan sebagai gambar statis pada lampiran audio anda dan tidak akan ‘refresh’ jika anda mengemas kini foto profil anda,” kata Twitter.

Anda boleh mendengar tweet audio dengan menekan butang ‘play’. Di iOS, Twitter mengatakan dock akan muncul di bahagian bawah aplikasi supaya anda dapat mendengar tweet audio dan terus melihat garis masa anda. Ia juga akan terus bermain di latar belakang jika anda beralih ke aplikasi lain.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!