Twitter Kini Hadir Dengan Fungsi Muat Naik Gambar Dalam 4K );

Type to search

Apps E-Com

Twitter Kini Hadir Dengan Fungsi Muat Naik Gambar Dalam 4K

Share

Berita baik buat pengguna akaun Twitter seluruh dunia apabila kini, anda sudah boleh memuat naik gambar pada resolusi tinggi 4K (3840 x 2160).

Fungsi ini dinaik taraf bagi membolehkan pengguna memuat naik atau dalam bahasa yang mudah difahami, tweet gambar dengan resolusi yang lebih tinggi melalui telefon canggih mereka.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan telefon pintar pada hari ini sudah mula memiliki fungsi resolusi 4K pada skrin dan kamera meskipun hanya di kelas pertengahan. Maka dengan itu, twitter dilihat tidak mahu ketinggalan dan turut mengambil langkah yang sama.

Twitter pada mulanya hanya membenarkan pengguna terpilih sahaja untuk mencubanya pada bulan Mac akan tetapi, kini kesemua pengguna Android mahupun IOS sudah boleh bertukar ke fungsi ini bermula hari ini.

Setelah menjalani tempoh percubaan yang singkat, akhirnya Twitter mengesahkan berita tersebut melalui laman berita rasmi mereka.

twitter

Walaubagaimanapun, jika skrin telefon pintar anda tidak menyokong paparan 4K maka anda tidak akan menerima fungsi yang sama. Bagi peranti yang mempunyai resolusi maksimum pada paparan Full HD (1920 x 1080), anda hanya akan menerima paparan pada resolusi tersebut.

Kita sedia maklum bahawa peranti yang menyokong resolusi 4K ini agak tinggi harganya di pasaran, maka dengan itu dengan langkah pembaharuan yang di ambil oleh twitter ini pastinya merancakkan lagi jualan telefon pintar yang mempunya skrin paparan 4K. Dengan erti kata lainnya, jom pecah tabung!

Sumber berita: gsmarena.com

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!