Twitter Kini Hadir Dengan Fungsi “Fleet”
Share

Baru-baru ini Twitter telah mengemas kini aplikasi mereka dan menambah ciri baharu sebagai mengikuti perkembangan semasa.
“Fleet” atau lebih mudah dikenali sebagai “story” hampir sama penggunaanya dengan ciri “story” di aplikasi Instagram, Facebook, Youtube dan status Whatsapp.
Pengguna boleh menulis sesuatu, merakam video, menangkap gambar dengan tambahan menggumpulkan bebenang mereka di situ jadi mudah orang ramai untuk membaca.
That thing you didn’t Tweet but wanted to but didn’t but got so close but then were like nah.
We have a place for that now—Fleets!
Rolling out to everyone starting today. pic.twitter.com/auQAHXZMfH
— Twitter (@Twitter) November 17, 2020
Rata-rata pengguna tidak senang dan tidak suka penambahan baru ini kerana mereka merasakan bahawa Twitter tidak mempunyai identiti dan keunikan mereka yang tersendiri.
Apa-apa pun setiap penambahan ciri yang baru mungkin ingin selaras dengan peredaran zaman.